Mercedes-Benz A-Class 2018 dilancarkan! Dari RM227,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-Benz A-Class 2018 sempena pesta Urban Hunting yang akan berlangsung pada 19-20 Oktober 2018. Generasi A-Class generasi ke-empat ini merupakan model terkini yang mengabungkan elemen kemewahan dan reka bentuk menarik di dalam pakej yang kompak lagi berkuasa.

Model baharu ini datang dalam dua varian menarik iaitu Mercedes-Benz A 200 Progressive Line dan Mercedes-Benz A 250 AMG Line. Di dalam era digital yang kian lebih pesat dan canggih, A-Class 2018 bukan sahaja canggih dari segi spesifikasi malah dari segi pemanduan menarik yang digabungkan dengan persona yang luar biasa.

Untuk memantapkan lagi pakej A-Class generasi baharu ini, hubungan antara kereta dan pemandu dipertingkatkan lagi dengan pengenalan Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Kokpit yang canggih dan futuristik boleh dilihat melalui kawalan skrin sentuh, instrumen digital, kawalan suara pintar dan banyak lagi.

Hanya dengan kawalan sentuhan dan pengenalan suara, pemandu A-Class 2018 boleh mengawal pelbagai fungsi dalaman kenderaan tanpa mengacau pengalaman memandu yang juga telah ditambahbaikkan. Anda hanya perlu memulakan dengan sebutan “Hey Mercedes” dan seterusnya boleh mengawal beberapa aspek kenderaan seperti pilihan musik, kawalan hawa dingin, lampu dalaman dan banyak lagi.

Dari segi luaran, reka bentuk ‘avant garde’ yang moden, kompak dan juga sedikit agresif memberi sebuah imej yang garang dan juga berkuasa bagi kedua-dua A 200 dan A 250. Bahagian depan yang rendah bersama lampu LED dengan tambahan krom memberi aura yang sesuai bagi golongan muda mahupun elit yang inginkan dos kegembiraan yang premium dalam pengalaman memandu mereka.

Dari segi penjanaan kuasa, model A-Class 2018 bersiap-sedia untuk beraksi dengan enjin 1.3 liter turbo 4-silinder jenis petrol yang mampu menjana 163hp @ 5,500rpm dan 250Nm tork maksimum serendah 1,620rpm. Bagi yang inginkan lebih kuasa, model A 250 AMG Line mampu menjana 224hp @ 5,500rpm dan 350Nm tork maksimum serendah 1,800rpm.

Aspek-aspek canggih yang lain termasuk:

  • Widescreen Cockpit dengan kawalan sentuhan
  • Fungsi KEYLESS-GO
  • Active Parking Assist
  • 64 pencahayaan ambien berbeza
  • Transmisi 7-kelajuan DCT automatik
  • Dan BANYAK LAGI!

Bagi mereka yang berminat, MBM akan menawarkan model A 200 Progressive Line pada RM227,888 dan A 250 AMG Line pada RM263,888 (harga jualan dengan SST tanpa insurans). Untuk maklumat lanjut, layari laman web utama Mercedes-Benz Malaysia.

Mercedes-Benz Malaysia jual 10,143 unit dari Jan-Sep 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.