Triumph Scrambler 1200 2019 Akan Dilancarkan Dalam Masa Seminggu

Sumber imej: MCN
  • Triumph telah memuat naik satu lagi video usikan bagi model Triumph Scrambler 1200 2019.
  • Ia mempamerkan motosikal tersebut ditunggang atas jalan raya dan juga secara ‘off-road’.
  • Pelancaran tersebut akan mengambil tempat pada 24 Oktober 2018 (zon masa UK).

Pengiraan detik masa untuk pelancaran model Triumph Scrambler 1200 2019 telah pun bermula.

Triumph Motorcycles juga turut memuat naik satu lagi video usikan, buat kali kelima dan barang kali yang terakhir, sebelum acara pelancaran besar-besaran tersebut.

Video terbaru ini memperagakan keserbabolehan motosikal baharu berkenaan. Dalam tayangan video tersebut, kita dapat melihat motosikal ini ditunggang di atas jalan bertar dan juga dikerah dengan hebat di atas jalan tanah merah.

Triumph merupakan salah sebuah pengeluar pendahulu dalam perlumbaan ‘off-road’ pada tahun 60-an. Model Scrambler 1200 yang baharu ini akan mengimbau kembali kepada warisan ‘off-road’ jenama tersebut, menjanjikan “tahap kebolehan dwi-sukan yang boleh pernah dilihat sebelum ini”. Dan itulah yang telah dipamerkan dalam video berkenaan, dengan model 1200 ini berlumba di atas jalan tanah merah; dan semestinya dengan debu-debu yang berterbangan menyelindungi rupa paras dan bentuk motosikal tersebut.

Apabila digabungkan ke semua video usikannya itu, ia telah mendedahkan sedikit sebanyak mengenai motosikal baharu ini. Ianya sudah pasti akan menampilkan rupa bentuk yang mirip dengan motosikal Triumph Bonneville klasik, palang pemegang yang lurus, pelana rata, dan ekzos pautan tinggi berganda. Ia akan mirip dengan model Street Scrambler 900cc yang lebih kecil, tetapi, kami yakin akan ada pelbagai perbezaan yang menjadikannya jentera ‘off-road’ yang berkebolehan.

Motosikal Scrambler 1200 ini mungkin sekali juga akan dilengkapi dengan plet gelincir bawah enjin dan tayar ‘knobby’.

Enjinnya diandaikan akan berdasarkan enjin ‘parallel-Twin’ dengan engkolan 270º, sejukan cecair, 1,200cc, versi “High Torque” (HT).

Kita juga boleh menjangkakan yang motosikal ini akan dilengkapi dengan kawalan cengkaman, pendikit ‘Ride-by-Wire’, ABS, dan pencahayaan LED. Suspensinya sudah pasti akan dikemaskini.

Pelancarannya akan berlangsung pada awal pagi 25 Oktober (waktu Malaysia). Nantikanlah kemunculannya!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.