Motosikal buatan khas Berluti Triumph Bonneville adalah satu contoh yang baik gabungan fesyen dan permotosikalan. Berluti merupakan sebuah jenama di bawah Louis Vuitton. Panel badannya diperbuat daripada gentian karbon dan enjinnya dikekalkan standard.
Category: triumph
Motosikal lumba atau buatan khas yang diinspirasikan oleh motosikal flat-track amat tersendiri rupa bentuknya, dan ianya jelas dapat dilihat pada motosikal flat-tracker Triumph Bonneville Super Hooligan ini. Motosikal berkenaan telah diubahsuai untuk kategori perlumbaan Super Hooligan. Art Hartman, pelumba yang telah membina motosikal ini mendapati motosikal Bonnie ini lebih ringan dan lincah.
Ernie Vigil akan berlumba menggunakan motosikal Triumph Scrambler 1200 XE di perlumbaan NORRA Mexican 1000 Rally. Dia telah mengalami kecederaan sebelum perlumbaan Baja 1000 Rally dan niat untuk perlumbaan terpaksa dilupakan. Rangkaian motosikal Triumph Scrambler 1200 adalah motosikal scrambler yang paling sedia ‘off-road’.
Minggu lalu, Triumph Amerika Syarikat telah mengarahkan lebih 12,000 unit motosikal mereka dipanggil semula susulan masalah pendawaian, kali ini pengeluar motosikal Britain itu bertindak memanggil lebih 1,000 unit di India susulan masalah sama. Di India, Triumph menggesa pemilik model Bonneville T100 dan T120, Street Twin dan Street Scrambler untuk membawa motosikal mereka menjalani pemeriksaan bagi…
Baru-baru ini Kawasaki dan KTM di Amerika Syarikat telah memanggil semula beberapa ribu unit mereka ekoran berlakunya beberapa masalah ketika proses pemasangan namun kali ini Triumph Motorcycles turut tidak terlepas daripada melakukan tindakan sama. Triumph telah memanggil semula lebih 12,000 unit susulan kesilapan pemasangan yang menyebabkan klac kabel menyentuh pendawaian lalu mengganggu sistem elektrik motosikal….
Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan lima model baharu bagi rangkaian klasik moden yang terdiri daripada Street Twin, Street Scrambler, Scrambler XC, Scrambler XE dan Speed Twin. Street Twin – yang diperkenalkan buat kali pertama pada 2016 – yang mencatat penjualan tinggi selaku motosikal klasik moden kini menawarkan lebih kuasa, spesifikasi dan peralatan lebih tinggi serta…
Gambar intipan sebuah motosikal prototaip Triumph Daytona 765 telah pun tersebar. Ramai yang telah menantikan kemunculan Daytona baharu memandangkan pelibatan Triumph dalam Moto2. Motosikal prototaip ini kelihatan sama seperti Daytona 765 yang sebelum ini, namun dengan enjin dan suspensi baharu.
Triumph Thruxton TFC 2019 telah dilancarkan. Ia juga menyepak mula rangkaian Triumph Factory Custom. Model Thruxton TFC ini bukan sekadar sebuah Thruxton R yang dicat semula.
Motosikal Triumph Rocket III telah diintip sedang menjalani ujian. Ia dijangka tampil dengan enjin 2,500 hingga 2,800cc, 180 hingga 200hp yang baharu. Motosikal baharu ini tampak lebih moden dan agresif.