Triumph Malaysia Memperkenalkan 5 Model Baharu Dalam Pasaran

Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan lima model baharu bagi rangkaian klasik moden yang terdiri daripada Street Twin, Street Scrambler, Scrambler XC, Scrambler XE dan Speed Twin.

Street Twin – yang diperkenalkan buat kali pertama pada 2016 – yang mencatat penjualan tinggi selaku motosikal klasik moden kini menawarkan lebih kuasa, spesifikasi dan peralatan lebih tinggi serta penunggangan yang lebih selesa.

Enjin Bonneville 900cc yang digunapakai sebelum ini telah dinaiktaraf sekaligus membekalkan kuasa 95PS @ 7,500rpm manakala tork pada 80NM @ 3,800rpm.

Model terbaru ini turut menampilkan Mod Tunggangan Road dan Rain yang baharu selain daripada TPMS (Tyre Pressure Monitoring System) dan Kawalan Cengkamana Boleh Laras.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, Street Scrambler muncul antara jentera paling digemari ekoran memiliki gaya lasak dan versatil.

Enjin Street Scrambler kali ini memberikan kuasa 65PS @ 7,500rpm – 18 peratus lebih tinggi berbanding model sebelum ini.

Bagi memberikan kepuasan kepada pemilik, model kali ini turut didatangkan dengan kaliper brek Brembo terbaru selain daripada teknologi ABS boleh laras!

Triumph Malaysia turut memperkenalkan Scrambler 1200 XC dan XE yang direka khas untuk tunggangan di atas jalan raya dan tanah.

Sekali imbas, kedua-dua model ini kelihatan seakan-akan sama namun hakikatnya, model XE dilengkapi dengan keupayaan motosikal lasak yang lebih tinggi.

Bagi memastikan kedua-dua jentera menghasilkan prestasi mantap, Triumph telah menjalinkan kerjasama bersama Ohlins.

Lebih menarik, kedua-dua model menghasilan 90PS @ 7,400rpm – 38 peratus lebih tinggi berbanding Street Scramber 2019!

Selain itu, XE dan XC turut dilengkapi teknologi, TFT generasi kedua, 6 mod tunggangan, Optimised Cornering ABS (model XE sahaja), Optimised Traction Control (XE sahaja) Inertial Measurement Unit (XE sahaja), sistem kawalan GoPro bersepadu (pertama di dunia) dan sistem navigasi bersepadu!

Dipendekkan cerita, reka bentuk mungkin kelihatan retro dan klasik tetapi kedua-dua model ini tidak ketinggalan daripada ciri-ciri inovatif!

Paling mencuri tumpuan dalam pelancaran kali ini adalah model Speed Twin 2019. Dipertontonkan buat julung kali di Malaysia, Speed Twin merupakan petanda aras bagi sesebuah ‘custom roadster’. Casis yang ringan dan sistem suspensi yang baharu memberikan tunggangan yang lebih ergonomik dan selesa.

Speed Twin digerakkan dengan kuasa 1200cc Bonneville yang telah diberikan sentuhan talaan Thruxton sekaligus menghasilkan 97PS @ 6,750rpm, hampir 50 peratus kuasa lebih tinggi berbanding model 2018.

 

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply