Ernie Vigil Akan Mengemudi Jentera Triumph Scrambler 1200 XE Di Perlumbaan Mexican 1000 Rally

  • Ernie Vigil akan berlumba menggunakan motosikal Triumph Scrambler 1200 XE di perlumbaan NORRA Mexican 1000 Rally.
  • Dia telah mengalami kecederaan sebelum perlumbaan Baja 1000 Rally dan niat untuk perlumbaan terpaksa dilupakan.
  • Rangkaian motosikal Triumph Scrambler 1200 adalah motosikal scrambler yang paling sedia ‘off-road’.

Ernie Vigil telah kembali dan akan mengemudi motosikal Triumph Scrambler 1200 XE di perlumbaan Norra Mexican 1000 Rally.

Triumph telah mengumumkan rancangan mereka untuk muncul semula ke perlumbaan Baja 1000 Rally susulan pelancaran model Scrambler 1200 XE dan XC kerana mereka amat ingin membuktkan bahawa rangkaian Scrambler 1200 mereka merupakan motosikal scrambler paling sedia ‘off-road’. Atas sebab inilah motosikal tersebut mendapat gelaran “Real Deal”.

Di samping itu, perlumbaan rali tersebut adalah pentas yang sesuai untuk kemunculan semula pengeluar berkenaan memandangkan Steve McQueen dan Bud Ekins telah memenangi perlumbaan tersebut berbilang kali dengan motosikal TR6 Trophy.

Bagaimana pun, satu kecederaan telah menimpa Ernie Vigil (yang juga merupakan penunggang lagak aksi Triumph) dan rancangan itu terpaksa dilupakan.

Namun kini Vigil telah pulih sepenuhnya dari kecederaannya dan pelan mereka diteruskan semula. Sejak pulih, Ernie telah menjalani latihan dengan motosikal Scrambler 1200, merentasi jarak 9,000 kilometer di atas jalan tanah merah.

Motosikal Scrambler 1200 XE yang akan dikemudi oleh Ernie Vigil akan dikekalkan dalam keadaan standard secara amnya. Sebarang penambahbaikan yang dilakukan pada jentera berkenaan adalah bagi memastikan motosikal tersebut selamat untuk perlumbaan rali padang pasir, antaranya pelana perlumbaan rali padang pasir, lampu, penggenggam dan tayar pasir berprofil ekstrim. Suspensinya, enjinnya, bahagian elektroniknya, semuanya dikekalkan sebagai standard.

Di mana perlumbaan NORRA Mexican 1000 Rally tidaklah segah perlumbaan Baja 1000 Rally, ia sebenarnya menggunakan laluan yang sama seperti perlumbaan Baja Rally di Semenanjung Baja di Mexico. Dan seperti namanya itu, ia meliputi 1,000 batu (1,600 kilometer) merentasi padang pasir yang penuh dengan pasir yang dalam, batu-batuan, dan pasir jerlus.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]