BMW Motorrad akhirnya telah memperkenalkan model R 1250 GS dan R 1250 RT baharu yang hadir dengan enjin Boxer yang baharu. Enjin 1,254cc yang baharu ini adalah versi Boxer 4-injap yang kelima. Ia tampil dengan peningkatan kuasa dan tork sehingga 14%, beserta pengurangan penggunaan bahanapi sebanyak 4%.
Category: technology
Paten Yamaha untuk transmisi “seamless” kegunaan jalan raya bagi model YZF-R1 telah tersebar di atas talian. Transmisi lancar ini merupakan satu revolusi sewaktu Honda memperkenalkannya pada jentera MotoGP mereka. Transmisi ini direka bagi memberikannya pacuan yang ‘lancar’.
BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah casis cetakan 3D BMW S 1000 RR. Keseluruhan casis dan lengan ayunnya telah dibina menggunakan teknologi cetakan 3D dipanggil “Additive Manufacturing”. Bahagian-bahagian tiga dimensi yang diperbuat dari plastik dan keluli dibentuk lapis demi lapis boleh dibina dengan lebih pantas dan pada masa yang sama mengekalkan kualitinya.
Motorcycle Innovation dari Australia telah menerima dana baru untuk membina model TS3 “Shockwave” terkini. Kerangka TS3 yang semasa dibangun daripada 2012 dilengkapi dengan ‘Triangulated Steering and Suspension System’. TS3 Shockwave terbaru akan menggunakan enjin Testastretta 1198cc Ducati dengan berat keseluruhan 110kg.
What is crankshaft offset? I have been reading about Honda technology online book and found this picture that explains about it.