SEPULUH PEMBANGUNAN TEKNOLOGI YANG MEMAJUKAN MOTOSIKAL (BAHAGIAN 2)

Tayar Dunlop pada jentera Yamaha YZF-M1 – sumber imej: crash.net

  • Saban hari, motosikal semakin bertambah canggih.
  • Di sini kami senaraikan beberapa buah pembangunan teknologi yang telah memajukan motosikal.
  • Pembangunan teknologi ini telah menjadikan penunggangan motosikal lebih selamat dan menyeronokkan.

Kami telah menyiarkan Bahagian 1 artikel ini beberapa hari yang lalu (sila tekan pautan di bawah untuk bahagian pertama), dan kini, kami
menyempurnakannya dengan Bahagian 2.

Sepuluh Pembangunan Teknologi Yang Memajukan Motosikal (Bahagian 1)

Sekiranya keperluan adalah punca segala ciptaan, ungkapan itu sudah pasti sesuai untuk pembangunan teknologi ini. Kami tidak boleh bayangkan dunia motosikal masa kini tanpa kemajuan-kemajuan ini.

4. Suntikan bahanapi elektronik

Keluaran kuasa tinggi, penggunaan bahanapi yang rendah, dan emisi rendah adalah keinginan setiap pemilik motosikal. Tetapi, anda tidak akan mendapat kesemuanya pada masa yang sama. Secara tradisionalnya. Bagaimana pun, dengan piawaian emisi semakin diketatkan dan harga bahanapi yang sentiasa meningkat, pemilik terus mengingini enjin yang lebih berkuasa.

Penyuntik bahanapi – Sumber imej: treperformance.com

Suntikan bahanapi elektronik (electronic fuel injection) adalah jawapannya. Sistem suntikan bahanapi elektronik hanya menyuntik jumlah yang amat tertentu untuk keperluan yang khusus, berbanding dengan sebuah karburetor. EFI juga digunakan bagi menyelaraskan kuasa dan tork enjin apabila dipasang pada kawalan cengkaman dan mod tunggangan.

Keratan rentas penyuntik bahanapi – Sumber imej: www.diytrade.com

3. Pendikit Ride-by-Wire (RbW)

Teknologi pendikit Ride-by-Wire telah diterapkan buat pertama kalinya pada motosikal jalan raya pada model Yamaha YZF-R6 2006, yang mana telah digelar YCC-T (Yamaha Computer Controlled Throttle) oleh Yamaha.

Yamaha YZF-R6 2006

Teknologi telah diambil dari perlumbaan Formula 1, yang mana ianya telah diambil daripada kapal terbang pejuang tentera. RbW bermakna cengkaman pendikit tidak berkait terus dengan ‘throttle bodies’. Sebaliknya, isyarat pergerakan cengkaman telah dihantar ke ECU (unit kawalan enjin) yang mengawal bukaan ‘throttle body” dan pemasaan dan jumlah suntikan bahanapi berdasarkan pelbagai parameter. RbW juga turut membawa pelbagai bantuan penunggang elektronik seperti mod kuasa atau penunggangan bagi disuaikan dengan keadaan penunggangan, kawalan cengkaman, kawalan bersiar, kawalan wheelie, kawalan pembrekan enjin, kawalan menyelekoh enjin, dan bermacam-macam lagi.

2. Bantuan penunggang elektronik

Di mana kuasa enjin motosikal semakin meningkat tinggi, bantuan penunggang elektronik seperti kawalan cengkaman dan mod penunggangan menjadi semakin penting. Sistem-sistem ini memanfaatkan kuasa motosikal moden, menjadikan motosikal lebih selamat dan seronok untuk ditunggang. Ya, sistem bantuan penunggang elektronik jauh lebih bijak dan pantas dari kita. Bantuan penunggang elektronik adalah susulan kepada pendikit Ride-by-Wire dan suntikan bahanapi elektronik.

Mod tunggangan di atas Ducati Multistrada 1200 Enduro

Dan oleh kerana pendikit RbW tidak terkait terus dengan ‘throttle bodies’, ECU akan bertindak balas dengan bukaan pendikit, dan/atau pemasaan dan jumlah suntikan bahanapi sewaktu berlakunya kehilangan cengkaman. Kadar campur tangan elektronik bergantung pada mod penunggangan yang dipilih, atau tahap kawalan cengkaman.

1. Tayar pneumatik

John Boyd Dunlop (pengasas Dunlop) ingin mencipta sesuatu seperti belon yang meliputi roda apabila anaknya merungut tentang ketidakselesaan sewaktu menunggang basikalnya. Dia mencipta dan mempatenkan tayar pneumatik pertamanya pada tahun 1888.

Dunlop juga turut mencipta proses vulkanisasi bagi mencipta getah yang lebih keras.

John Dunlop dengan basikal yang dilengkapi dengan tayar pneumatik – Sumber imej: progress-is-fine.blogspot.com

Kesemua teknlogi tayar semasa seperti binaan jejari, bebenang berbilang kompaun, lapisan tanpa tiub, tali sawat keluli, dan lain lain pasti tidak akan tercipta tanpa kewujudan tayar pneumatik. Dan ini juga bermakna yang teknologi-teknologi lain di sini pasti tidak akan wujud tayar ciptaan Dunlop ini.

Inilah sebabnya mengapa tayar pneumatik adalah pembangunan teknologi paling penting yang telah memajukan motosikal.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.