Category: suzuki
Jentera perlumbaan ketahanan, Suzuki GSX-R1000, yang telah dibina oleh Suzuki Endurance Racing Team (SERT) merupakan sebuah jentera perlumbaan yang mengagumkan. Suzuki telah menggondoli 14 takhta kejuaraan dalam FIM EWC dan mereka kini mereka sedang berusaha untuk memenangi kejohanan ke-15 mereka pada musim ini. Suzuki kini berada di tempat ke-tiga dalam kejohanan pengilang setelah dua pusingan…
Marc VDS kini sedang dalam proses memilih di antara Yamaha atau Suzuki sebagai pembekal utama jentera mereka bagi siri perlumbaan MotoGP musim 2019. Perpindahan ini telah bertitik tolak dari keputusan pasukan Tech 3 yang telah mengesahkan perpindahan mereka ke KTM pada musim hadapan. Kedua-dua pengilang Yamaha dan Suzuki sedang menimbangkan untuk mewujudkan pasukan satelit bagi…
Gosip MotoGP terbaru yang tengah panas membara telah mengandaikan yang Suzuki berminat untuk mendapatkan khidmat Jorge Lorenzo bagi tahun 2019. Dengan tahap kesabaran mereka yang semakin menipis untuk Andrea Iannone, pencarian untuk penunggang yang sesuai bagi jentera Suzuki GSX-RR telah pun bermula. Lorenzo pada ketika ini menghadapi kesukaran di atas jentera Ducati Desmosedici GP18, hanya…
Nama Suzuki Katana telah difailkan dibawah satu lagi permohonan di United States Patent and Trademark Office (USPTO). Ini menunjukkan yang pengeluar dari Jepun tersebut sedang bersungguh-sungguh dalam merancang kemunculan semula motosikal bagi abad ke-21. Kita mungkin perlu menunggu buat seketika memandangkan masih banyak lagi berita yang berkisarkan pelancaran generasi seterusnya Suzuki Hayabusa.
Sebuah motosikal Suzuki Hayabusa janaan stim sedang merancang untuk memecahkan rekod kelajuan atas darat bagi motosikal janaan stim terpantas dunia pada tahun ini. Dibina oleh Chris Wegewood dari Isle of Man, motosikal stim tersebut dirancang untuk mencapai kelajuan sehingga 193km/j. Motosikal Hayabusa yang telah diubahsuai itu dijana oleh sebuah enjin stim kompleks yang menghasilkan sehingga…
Suzuki telah merancang untuk mengendalikan sebuah pasukan satelit Suzuki dalam siri MotoGP bagi musim 2019. Pelan mereka bagi 2019 adalah untuk menempatkan empat buah jentera Suzuki GSX-RR MotoGP di atas grid bagi mempercepatkan proses pembangunan dan kutipan data. Pasukan persendirian seperti Tech3, Angel Nieto Team, Marc VDS dan Reale Avintia Racing bakal menukar jentera mereka…
Motosikal Suzuki Hayabusa 2019 dikatakan akan dilengkapi dengan sebuah sistem transmisi separa automatik yang baru. Paten-paten baru telah difailkan oleh pengeluar Jepun tersebut di Jepun, Amerikan Syarikat, dan Jerman baru-baru ini. Sistem baru ini menggunakan penggerak (actuator) bagi mengawal klac dan penukar gear di samping menggabungkannya dengan penukar gear kawalan kaki tradisional.
Michael Dunlop telah mengesahkan penyertaannya dalam perlumbaan Isle of Man TT 2018 serta perlumbaan Supersport yang lain di atas jentera Honda CBR600RR. Berita ini telah disahkan oleh PTR Honda melalui laman Twitter mereka. Michael Dunlop dan PTR Honda telah memenangi perlumbaan Isle of Man TT dalam kategori Supersport pada tahun 2013 yang lalu.