Motosikal Foggy-Petronas FP1 merupakan motosikal superbike buatan Malaysia. Dibina untuk perlumbaan WSBK bermula tahun 2003, homologasi jentera ini menyebabkan terhasilnya 150 buah unit. Petronas dan Momoto terlibat dalam kes guaman dan membantutkan pengimportan.
Category: superbike
Imej hasilan yang menunjukkan sebuah motosikal yang kelihatan seperti BMW S 1000 RR 2019 telah tersebar di atas talian. Berdasarkan gambar tersebut, model 2019 ini bercirikan reka bentuk serba baharu yang lebih lancar dan mengalir. Sumber-sumber mengandaikan bahawa motosikal ini akan tampil dengan lebih kuasa dan diterapkan dengan teknologi berinspirasikan MotoGP.
Motosikal superbike MondialMoto V5 2019 dikatakan bakal membuat kemunculan sulungnya pada penghujung tahun ini. Dengan pengalaman yang luas dalam perlumbaan motosikal, motosikal superbike generasi terbaru mereka itu akan dijana oleh sebuah enjin V5 1,000cc, 200hp. Tempahan telah dibuka sekarang bermula dari harga €27,995 hingga €35,995 (kira-kira RM130,084 hingga RM167,225).
Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R SE 2018 telah diperkenalkan semalam di Pertunjukan EICMA yang sedang berlangsung di Milan, Itali. Pengemaskinian yang terbesar pada motosikal SE ini adalah suspensi elektrik separa aktif Showa dengan pengesan gerakan bersepadu. Roda aluminium tempa dan quickshifter dwi-arah yang diambil daripada motosikal ZX-10RR juga telah dilengkapkan pada motosikal ini.
Hampir setiap penunggang motosikal di Malaysia terutamanya mereka yang menetap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pasti akan mengetahui tentang stesen minyak BHP Karak yang terletak selepas Plaza Tol Gombak. Mengapakah stesen minyak ini menjadi mercu tanda paling dikunjungi bagi para penunggang motosikal dan juga pemandu kereta yang keluar untuk pengembaraan hujung minggu? Kebanyakan orang,…
A new Kawasaki Ninja R2 supercharged superbike for the masses is reportedly under development for 2017.
Michelin puts together American superbike racer Kenny Noyes against supermoto racer Sylvain Bidart from France. The result? This epic video. #weareallracers