Skuter Yamaha NVX 2019 Didatangkan dengan warna baharu dan suspensi yang dikemaskini. Penyerap hentakan belakangnya kini dilengkapi dengan takungan ‘remote reservoir’. Model 2019 ini boleh mula didapati bermula pertengahan bulan Disember 2018.
Category: skuter
Skuter tiga roda, Adiva AD3 400, telah dilancarkan. Ia didatangkan dengan dua roda hadapan dan bumbung boleh lipat. Model AD3 telah digunakan oleh Polis Singapura semenjak tahun 2014.
Naza Premira Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah melancarkan Vespa Primavera 150, Sprint 150 dan GTS 300 Super Sport. Ke semua model yang diperkenalkan bersempena dengan acara “Sneaker-lah” ini telah dilengkapi dengan pengemaskinian gaya dan ciri yang tersendiri. Model-model Vespa 2018 ini telah ditetapkan pada harga bermula dari RM15,600 hingga RM28,000 (harga runcit yang disyorkan,…
Piaggio Group pada mulanya telah merancang untuk mula mengilangkan Vespa Elettrica pada hujung tahun 2017. Kini ianya disahkan yang pengilangan akan sedia bermula pada bulan September 2018. Piaggio akan menghasilkan dua varian berbeza: satu model elekrtik sepenuhnya dan satu lagi model hibrid.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Yamaha XMAX 250 secara rasminya merupakan skuter terbesar yang dijual oleh Hong Leong Yamaha. Ia lebih kepada sebuah skuter GT berbanding NMAX dan NVX. Harga asas baharu skuter Yamaha XMAX 250 2018 ini ialah RM21,225.00 dengan 0% GST.
Sym Malaysia baru-baru ini telah melancarkan skuter Sym Cruisym 250i 2018 dan Sym Jet 14 2018. Kedua-dua buah skuter 125cc dan 250cc ini adalah skuter yang mematuhi piawaian Euro4 dengan rupa bentuk yang moden dan sporty. Skuter Cruisym 250i telah ditetapkan harganya pada RM18,888 manakala bagi Jet 14 pula pada harga RM6,688 (harga asas tidak…
Sym Malaysia juga telah memperkenalkan skuter Sym Cruisym 250i 2018 dan Sym Jet 14 2018. Dua skuter terbaru itu dilengkapi dengan reka bentuk yang ‘sporty’ dan agresif yang terkini yang digandingkan dengan enjin 125cc dan 250cc yang mematuhi piawaian Euro4. Skuter Cruisym 250i yang baru telah ditetapkan harganya pada RM18,888 dan bagi skuter Jet 14…
Skuter Honda PCX150 2018 yang diperkemaskini telah diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Kemas kininya termasuklah rekabentuk serba baru, casis, bahagian enjin, transmisi, suspensi dan bermacam-macam lagi. Skuter PCX150 yang baru ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat pada harga $3,699 (RM14,341) dan $3,999 (RM15,504) bagi versi ABS.
Skuter Honda Forza 300 2018 yang baru telah diperkenalkan untuk pasaran Eropah. Diperkemaskini dengan casis yang lebih ringan serta rekabentuk yang lebih ‘sporty’, skuter Forza 300 yang baru ini menjanjikan prestasi yang lebih hebat dalam segenap aspek. Ciri-ciri lain termasuk kawalan cengkaman, lampu LED sepenuhnya, sistem Smart Key, ABS dwi saluran, dan bermacam-macam lagi.