KYMCO telah melancarkan maxi skuter XCITING S 400 di EICMA 2017. Maxi skuter KYMCO XCITING S 400 ini didatangkan dengan kuasa terhebat dalam kategorinya. Ia juga akan dilengkapi dengan Lampu Nyalaan Siang (Daytime Running Lights – DRL) yang pertama diiktiraf ECE untuk skuter.
Category: scooter
I-Moto.my bersama dengan GB Workshop telah mengadakan sebuah bengkel mengenai penyelenggaraan motosikal yang betul dinamakan I-Workshop. Diadakan di The Gasket Alley, seminar santai ini disasarkan untuk pemilik Vespa, Scomadi, Benelli, dan Aprilia memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyelenggara motosikal mereka dengan sewajarnya dan apa yang perlu diberi perhatian sewaktu penyelenggaraan. Bengkel itu dengan jayanya…
Honda NSS300 ini dikelaskan sebagai skuter premium. Ciri-ciri terbaiknya adalah kelincahannya, ruangan simpanan serta penjimatan bahanapi. Cukup pratikal untuk kegunaan berulang-alik dan juga penunggangan jarak jauh.
Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) dengan rasminya telah memperkenalkan skuter Suzuki Burgman 400 ABS 2017 ketika sesi tunggang uji pada hujung minggu lalu di Litar Kart Antarabangsa Sepang. Maxi skuter premium tawaran dari Suzuki itu dijana oleh enjin 399cc DOHC, suntikan bahanapi yang patuh Euro4 yang menghasilkan sehingga 31hp. SAM telah menetapkan harga skuter Suzuki Burgman…
Tree Movement (M) Sdn Bhd akhirnya telah mengumumkan yang skuter elektrik pertama mereka, Treelektrik T-90, kini sudah pun sedia untuk jualan. Pengumuman ini telah dibuat semalam pada hari Khamis dimana Tree Mevoment melantik MyANGKASA sebagai pengedar rasmi mereka di Malaysia ketika satu upacara tandatangan yang telah diadakan di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Treeletrik…
Ketika pusingan Cub Prix Malaysia pada hujung minggu lalu yang diadakan di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia dengan bangganya mempamerkan Yamaha NVX 2017-nya buat kali pertama untuk khalayak ramai. Ruang utama telah dikhaskan untuk mempromosikan skuter terbaru mereka yang turut menyaksikan satu pertunjukan lagak ngeri menggunakan sebuah skuter perlumbaan Yamaha…
Elektrik skuter BMW Concept Link yang super futuristik telah diperkenalkan baru-baru ini ketika acara tahunan Concoro d’Eleganza Villa d’Este di Itali. Motosikal Concept Link ini merupakan kenderaan emisi-sifar yang datang dengan prestasi hebat serta kepintaran tahap tinggi bagi membantu para penunggang ketika perjalanan. “BMW Motorrad Concept Link, dengan gaya yang sederhana dan tanpa batas waktu,…
Tunggangan solo ini merentasi negara-negara Indochina sehingga ke sempadan China. Perjalanan selama 16 hari ini merentas jarak sejauh 8033km dari Kuala Lumpur ke Boten. Tunggangan ini dibuat menggunakan jentera SYM VTS200.
Masaru Abe dari Jepun telah mencipta rekod dunia baru bagi wheelie terpanjang dengan 500.5322km pada 1 Mei 2017. Dia menyempurnakan cubaannnya dalam masa melebihi 13 jam di atas jentera skuter Yamaha Jog 50cc. Jarak itu bagaikan dia melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur hinggalah ke Perlis dengan satu roda di udara sepanjang perjalanan!