- Masaru Abe dari Jepun telah mencipta rekod dunia baru bagi wheelie terpanjang dengan 500.5322km pada 1 Mei 2017.
- Dia menyempurnakan cubaannnya dalam masa melebihi 13 jam di atas jentera skuter Yamaha Jog 50cc.
- Jarak itu bagaikan dia melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur hinggalah ke Perlis dengan satu roda di udara sepanjang perjalanan!
Masaru Abe berumur 33 tahun dan berasal dari Jepun bukan sahaja menghancurkan rekod wheelie lama sepanjang 331.0195km, dia telah melupuskannya dengan melakukannya di atas jentera skuter Yamaha Jog dengan jarak yang luar biasa sejauh 500.5322km! Dinobatkan sebagai “Wheelie King” tanpa tandingan, Masaru telah mencipta rekodnya pada 1 Mei 2017 di fasiliti Perlumbaan Auto Kawaguchi yang terletak di Saitama dan dia telah mengambil masa melebihi 13 jam untuk menyempurnakannya.
Jarak 500km adalah satu jarak yang memeritkan untuk menunggang. Apatah lagi dengan menunggang dengan roda hadapan tergantung di udara sebegitu, melebihi 13 jam, Bayangkan diri anda melakukannya dari Kuala Lumpur hinggalah ke Perlis! Cubaan memecahkan rekod ini bermula pada pukul 7.09 pagi dimana Abe mengekalkan kelajuan 40km/j yang sekata mengelilingi litar yang bujur.
Dua jam dari mulanya cubaan itu, Abe mengalami kesakitan pada bahagian belakang dan terpaksa berehat dan menelan pil penahan sakit bagi membolehkannya menghabiskan keseluruhan perjalanan. Memandangkan ianya merupakan skuter berkapasiti kecil, pasukan bantuannya terpaksa mencari jalan yang unik untuk mengisi semula jentera itu tanpa mengganggu momentum Abe.
Bagi mengisi semula bahanapi, kru bantuan bergerak seiring dengan Abe dimana dia diberikan satu unit isian semula untuk disambungkan kepada cangkukan pantas-lepas di bahagian palang pemegang. Sesudah selesai tugas itu, kru bantuannya pun mengundurkan diri bagi membenarkan Abe meneruskan perjalanan satu rodanya tanpa gangguan.
Bekas juara dunia dua kali 125cc, Haruchika Aoki telah datang pada jam keempat cubaan itu untuk memberikan semangat dan motivasi kepada Abe dalam usahanya itu. Menurut Motorcyclist Online, Aoki telah menyatakan, “Saya tidak akan pernah dapat untuk melakukan wheelie dengan terkawal di atas skuter empat lejang 125cc. Litar ini dikenali kerana keadaannya yang agak kuat tiupan anginnya. Sebarang jentera di atas litar dengan senang boleh ditiup angin yang kuat. Dengan curaman atas litar, saya fikir untuk mengekalkan wheelie sahaja sudah cukup sukar.”

Dia telah memecahkan rekod terdahulu pada masa lapan jam dan 18 minit namun berkeras untuk mencapai sasaran yang ditetapkannya iaitu 600km. Masuk jam yang ke-12, Abe menjerit kerana kesakitan tetapi pada masa yang sama melaungkan kata-kata semangat untuk diri sendiri namun kesakitannya tidak dapat dibendung lagi dan sejam kemudian, dia menamatkan cubaannya pada jarak 500km.
Selepas cubaan memecah rekodnya itu, Abe berkata, “Jika saya tidak mencuba lebih daripada apa yang saya rasa had kebolehan saya, orang lain akan mencuba melepasinya. Saya fikirkan yang jika saya ingin mencuba dan memecahkan rekod, saya seharusnya mencatatkan jumlah yang tidak dapat dicapai yang akan membuatkan semua orang tergamam.”
Masaru Abe berjaya dalam cubaannya. Bukan sahaja dia berjaya memecahkan rekod, malah penulis pasti ramai yang terkelu dan takjub dengan pencapaiannya itu. Tahniah diucapkan untuk rekod terbaru dunia itu!
dr kl-perlis..kematu bontot xbenti2 woo..siap wili lg tu
Fuyoo … aku pon nak try jugak lah …
#TIL pantas-lepas are the BM words for quick-release
Min masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan
Pkai betri kot…tu yg xisi minyak
Isi bang.. baca artikel n tgk video dlm tu. Cara isi mcm jet pejuang isi minyak, gerak seiring.
Syamil Asyary vs ade lg ka?
https://youtu.be/vW9EorQGkug
Krem la pungkok woi
Masa bila isi minyak ?
Encik Aiman kena baca artikel dulu
Tengok dalam youtube dia ada tunjuk krew ikut kat tepi dia, pastu refill dengan tangki kecik kat paip yang sangkut dekat handle.
“Bagi mengisi semula bahanapi, kru bantuan bergerak seiring dengan Abe dimana dia diberikan satu unit isian semula untuk disambungkan kepada cangkukan pantas-lepas di bahagian palang pemegang. Sesudah selesai tugas itu, kru bantuannya pun mengundurkan diri bagi membenarkan Abe meneruskan perjalanan satu rodanya tanpa gangguan.”
Encik Ahmad Nouryzal Motor FanDy De Rossi Nizam Razak
Pehh…
Berapa liter dia punya minyak
Buka link dan baca
Terima kasih Encik Ahmad
Abe ni budak kota bharu min..dia slalu mcam tu..
Haha.. abe ni buke ore klate
Shidi Ps try la ego lc ang tu kehkehkeh
Isi minyak tayar depan x turun? #thisispalabana
Tengok dalam youtube dia ada tunjuk krew ikut kat tepi dia, pastu refill dengan tangki kecik kat paip yang sangkut dekat handle.
“Bagi mengisi semula bahanapi, kru bantuan bergerak seiring dengan Abe dimana dia diberikan satu unit isian semula untuk disambungkan kepada cangkukan pantas-lepas di bahagian palang pemegang. Sesudah selesai tugas itu, kru bantuannya pun mengundurkan diri bagi membenarkan Abe meneruskan perjalanan satu rodanya tanpa gangguan.”
Kalau baca sampai habis die ada cerita mcm mne dorg isi minyak..dekat tajuk die xtulis
Dasyat isi minyak sambil gerak, macam cerita need for speed
dia pakai solar
Adee Za apa lg….
Ko dah kenapa…
Saya nak buat rekod Malaysia dengan Yamaha Ego S saya. Ada pihak nak sponsor?
Bani Fatah
Mung buat gne spyder a, 2tayar kt dpn a, leh ke dop
Hahahhahahhahahahahahaa
Kalau boleh wheelie muto tu memang tabik la
Nk2