Pelapik MIPS memberikan lebih banyak ruang buat kepala untuk bergerak dalam helmet apabila berlakunya kemalangan. Dan dengan itu, kepala pemakai tidak akan menyerap tenaga hentakan secara langsung. Perekanya mengharapkan yang lebih banyak pengeluar akan menggunakan teknologi ini.
Category: safety
HLYM telah melancarkan Buku Panduan Kesedaran Keselamatan Penunggangan bagi memupuk kesedaran keselamatan terutamanya di kalangan pemilik motosikal baharu. Makalah ini akan disertakan dengan setiap motosikal baharu yang dibeli melalui wakil pengedar. Wakil pengedar bertanggungjawab dalam memberi taklimat kepada setiap pemilik baharu mengenai keselamatan, yang terdapat dalam makalah berkenaan.
Kawasaki telah mendapati bahawa tongkat tengah bagi model Ninja H2 SX SE serta Ninja H2 SX longgar, berkemungkinan akibat kimpalan yang kurang sempurna. Dan oleh kerana itu, mereka telah memfailkan panggilan semula keselamatan dengan badan NHTSA di Amerika Syarikat. Kedua-dua buah model ini belum lagi tiba di pasaran Malaysia buat masa ini, dan isu ini…
Ducati Australia telah mengeluarkan satu panggilan semula keselamatan segera atas kemungkinan berlakunya isu pad brek belakang. Model-model yang terlibat adalah Hypermotard 939, 959 Panigale, 1299 Panigale, 1299 Panigale Final Edisi, dan model Panigale V4 yang baharu. Negara-negara yang terjejas setakat ini adalah Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, dan Kanada.
Kita sebagai para penunggang motosikal telah sedia maklum buat sekian lama bahawa pertembungan dengan papan tanda besi boleh mengakibatkan kecederaan yang serius atau pun kemalangan jiwa. PBB dan Kesatuan Eropah telah mengesyorkan yang papan tanda buatan besi dan penghadang dibuang. Negara Jerman menerajui usaha dengan menggantikan papan tanda buatan besi dengan buatan plastik.
Shell Malaysia telah melancarkan kempen keselamatan jalan raya 2018 mereka. Dinamakan #SHELLSELAMATSAMPAI, ia mensasarkan perubahan tingkahlaku penunggang muda. Kempen ini terdiri daripada empat buah program utama.