Category: news
Rekod baru di Pikes Peak International Hill Climb 2018 telah dicatat oleh kereta elektrik Volkswagen. Volkswagen I.D. R Pikes Peak mampu menjana 670hp dengan hanya berat 1,099kg. Gabungan dengan pemandu Perancis Romain Dumas berjaya menjadi kereta lumba pertama untuk mencatat masa dibawah 8 minit. Pikes Peak International Hill Climb 2018 baru sahaja selesai berlangsung di…
Kesatuan Eropah akan mengenakan kadar tariff yang tinggi ke atas produk buatan Amerika Syarikat. Antara produk yang akan terjejas adalah Harley-Davidson dan Indian Motorcycles. Tariff ini merupakan serangan balas terhadap tindakan Amerika Syarikat mengenakan tariff pada keluli import sebanyak 25%.
Kereta berautonomi (gerak kendiri) mula membuat kemunculan dalam pasaran. Prestasinya dalam keadaan dunia sebenar agak baik sekali, namun, bagaiamanakah ianya diuji? Salah satu caranya adalah dengan motosikal berautonomi.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, telah mengarahkan 100 buah motosikal seludup untuk dihancurkan. Tindakan ini melambangkan pendiriannya terhadap penyeludupan dan juga terhadap pengedaran dadah pada skala yang lebih luas. Jumlah nilai keseluruhan yang dihancurkan adalah $640,000.
Sempena musim perayaan, BMW Group Malaysia telah melancarkan Program BMW Safety 360°. Sebahagian dari program ini ialah siri video Hebahan Khidmat Awam berjudul “Safety Starts with You”. Video-video ini menekankan gaya pemanduan yang berhemah dan selamat sewaktu di jalan raya. BMW Group Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah siri video Hebahan Khidmat Awam (PSA) yang berjudul…
Pihak Weststar Maxus akan menyediakan khidmat kecemasan bagi semua pemilik kenderaan Maxus sewaktu musim perayaan ini. Dari 14 hingga 19 Jun 2018, beberapa cawangan Maxus diseluruh negara akan beroperasi untuk memberi khidmat servis, alat ganti dan tunda. Nama petugas dan nombor telefon bagi kawasan Tengah, Selatan, Utara dan Pantai Timur terdapat dibawah. Sempena musim perayaan…
Sebuah patung Nicky Hayden telah didirikan bagi memperingati juara dunia MotoGP 2006 yang telah pergi meninggalkan kita. Setahun telah berlalu sejak legenda MotoGP ini telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika satu latihan di Itali. Patung itu dihasilkan atas tempahan bandar Owensboro, Kentucky dan keluarga Hayden.