Khidmat kecemasan bagi pemilik Maxus sepanjang Hari Raya

  • Pihak Weststar Maxus akan menyediakan khidmat kecemasan bagi semua pemilik kenderaan Maxus sewaktu musim perayaan ini.

  • Dari 14 hingga 19 Jun 2018, beberapa cawangan Maxus diseluruh negara akan beroperasi untuk memberi khidmat servis, alat ganti dan tunda.

  • Nama petugas dan nombor telefon bagi kawasan Tengah, Selatan, Utara dan Pantai Timur terdapat dibawah.

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Weststar Maxus iaitu pengedar tunggal kenderaan Maxus di Malaysia akan menyediakan khidmat kecemasan bagi semua pemilik Maxus. Bermula dari 14 hingga 19 Jun 2018, beberapa pejabat cawangan Maxus di sekitar negara akan beroperasi bagi perkhidmatan ini.

Bagi semua pemilik yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, empat pejabat cawangan di kawasan Utara, Selatan, Tengah dan Pantai Timur akan terus beroperasi untuk memastikan mereka dapat membantu sebarang kes kecemasan dari pemilik kenderaan Maxus.

Menurut Vinesh Nair, ketua bahagian selepas jualan Weststar Maxus, “Komitmen utama kami adalah untuk memberi khidmat bantuan kepada pelanggan sewaktu musim perayaan dan juga memastikan perjalanan yang selamat tanpa sebarang kerumitan.”

Pihak Weststar Maxus akan menawarkan servis, alat ganti, dan khidmat tunda sempena Hari Raya Aidilfitri. Anda boleh hubungi mana-mana cawangan yang beroperasi melalui nombor-nombor yang tertera dibawah.

Kawasan

Nama Petugas Nombor Telefon
Tengah Yong Weng Kang 016 298 9638
James 011 2364 9775
Vigneswara 012218 5994
Selatan Basil 018 666 0366
Utara Wong Chin Wei 010 469 9386
Pantai Timur Kong Sze Min 016 960 8850

Tawaran istimewa Raya dari Weststar Maxus

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]