100 Buah Motosikal Dihancurkan Oleh Mesin Pengorek Di Filipina

 

  • Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, telah mengarahkan 100 buah motosikal seludup untuk dihancurkan.
  • Tindakan ini melambangkan pendiriannya terhadap penyeludupan dan juga terhadap pengedaran dadah pada skala yang lebih luas.
  • Jumlah nilai keseluruhan yang dihancurkan adalah $640,000.

Kerajaan Filipina, di bawah kepimpinan Presiden Rodrigo Duterte, telah meneruskan perang habis-habisan menentang pengedaran dadah dengan menghancurkan motosikal serta kenderaan lain yang diimport secara haram, bernilai lebih daripada $640,000.

Sejumlah 100 buah motosikal, termasuk Vespa, sebuah BMW, sebuah Harley Davidson, dan sebuah Triump telah menjadi mangsa mesin pengorek. Pemusnahan motosikal-motosikal tersebut dijalankan di Manila, manakala beberapa buah kereta serta SUV mewah telah dihapuskan di bandar Cebu. Tindakan ini bagaikan satu pesanan yang jelas bahawa jenayah membawa padah, dan, cukai perlu dibayar.

Presiden Duterte sendiri merupakan seorang penunggang motosikal tegar, dan telah hadir di tapak pelupusan di Manila. Beliau sugul sewaktu motosikal Harley-Davidson diremukkan, dan telah mengulas, “apabila mesin pengorek itu meremukkan Harley tersebut, ia bagaikan saya sendiri yang kena. Sayang sekali.”

Jadi, mengapa beliau mengeluarkan arahan demikian?

Motosikal-motosikal itu boleh sahaja dilelong dan hasilnya boleh membiayai usaha kerajaan memerangi pengedar dadah. Atau jualnya pada harga sebuah motosikal demo yang berperbatuan rendah? Dia telah dikritik kerana menghapuskan sumber kewangan setelah menghancurkan lebih kurang 20 buah kenderaan mewah pada bulan Februari.

Presiden Duterte menerangkan bahawa sistem lelongan juga korup, dan hasil rampasan atau keuntungannya mungkin sahaja kembali ke tangan pengedar dadah.

Namun, seperti mana yang kita sudah sedia maklum, Presiden Duterte adalah seorang yang bijak dalam menarik perhatian ke atas dirinya, dan di sini beliau menunjukkan kesungguhannya dalam mengendalikan tanggungjawabnya. Beliau juga turut menghantar pesanan bahawa beliau tidak gentar akan sesiapa pun, lebih-lebih lagi penyeludup.

Saksikanlah video acara berkenaan di bawah ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]