Dalam dunia motosikal yang dinamik, sentiasa wujud aliran desas-desus. Sesetengah pudar menjadi tiada, manakala yang lain menjadi kenyataan. Ambil sebagai contoh spekulasi berterusan mengenai potensi kepergian Marc Marquez dari Honda atau pembangunan rahsia motosikal motokros oleh Ducati, yang turut melibatkan perekrutan bakat Tony Cairoli di belakang pintu tertutup. Salah satu spekulasi menarik yang menggoncangkan para…
Category: mv agusta
MV Agusta Superveloce Alpine 2021 merupakan projek kolaborasi bersama Alpine of France yang menyaksikan jentera edisi khas ini terhad kepada 110 unit seluruh dunia. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), MV Agusta, Timur Sardarov mendedahkan rata-rata pelanggan Alpine juga merupakan peminat MV Agusta lantas tercetusnya kerjasama ini. “Superveloce Alpine menggabungkan dua dunia termasuk aspek rekaan, personaliti dan…
Motosikal MV Agusta Dragster 800 RR America 2019 telah diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-25 model Brutale America. Sesuai dengan namanya itu, ia akan ditampilkan dalam skema warna merah, putih, dan biru. Hanya 200 buah unit akan dibina.
Sesi bual bicara kedai adalah peluang di mana pengurus sesuatu perniagaan menjemput para pelanggan dan bakal pelanggan bagi memperkenalkan kepada mereka program dan perkhidmatan yang disediakan oleh kedai berkenaan. Tahun lalu, para pemilik MV Agusta dibiarkan terkapai-kapai setelah syarikat yang bertanggungjawab ke atas pengedaran jenama berkenaan di Malaysia telah menghentikan operasinya. Pada bulan Disember 2018,…
Jentera perlumbaan Moto2 MV Agusta F2 telah diperkenalkan semalam. Ianya akan menggunakan casis MV Agusta bersama dengan enjin Moto2 Triumph. Penunggangnya terdiri daripada Stefano Manzi dan Dominique Aegerter, setelah pemecatan Romano Fenati.
Sebuah koleksi motosikal MV Agusta klasik akan dijual di Paris. Koleksi ini terdiri daripada 90 buah motosikal termasuklah prototaip, jentera lumba buatan khas, motosikal pengeluaran, skuter dan lain-lain. Ianya dijangka mencecah harga antara €3,000 hingga €250,000 setiap satu.
Pemilik motosikal MV Agusta di Malaysia telah ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sebarang pusat perkhidmatan rasmi bagi menyelenggara motosikal MV Agusta mereka. Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian bersama MV Agusta motor S.p.A untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan rasmi di Malaysia. GB Workshop yang terletak di The Gasket Alley akan menjadi bengkel pertama yang menyediakan…
Motosikal MV Agusta Brutale 1000 Serie Oro 2019 ini merupakan model super naked paling berkuasa dengan 205hp. MV Agusta telah berusaha bagi mengurangkan geseran dalam enjin dan mengurangkan beratnya. Hanya 300 unit yang akan dibina.
Edisi terakhir bagi motosikal superbike F4 telah pun dikeluarkan dalam bentuk model MV Agusta F4 Claudio 2019. Dilengkapi dengan bahagian buatan karbon fiber dengan kemasan berwarna emas, model F4 Claudio mampu menghasilkan 212hp dan 115Nm tork. Hanya 100 unit akan dijual dengan tanda harga $83,000 (RM345,280) untuk pasaran Amerika Syarikat.