GB Workshop Anjurkan Sesi Bual Bicara Kedai Pertama Buat Pemilik MV Agusta

  • Sesi bual bicara kedai adalah peluang di mana pengurus sesuatu perniagaan menjemput para pelanggan dan bakal pelanggan bagi memperkenalkan kepada mereka program dan perkhidmatan yang disediakan oleh kedai berkenaan.
  • Tahun lalu, para pemilik MV Agusta dibiarkan terkapai-kapai setelah syarikat yang bertanggungjawab ke atas pengedaran jenama berkenaan di Malaysia telah menghentikan operasinya.
  • Pada bulan Disember 2018, GB Workshop telah menandatangani persetujuan bersama MV Agusta Motor S.p.A bagi menyediakan perkhidmatan selepas jualan buat para pemilik MV Agusta.
  • Sesi bual bicara kedai yang diadakan baru-baru ini adalah program pertama seumpamanya buat pemilik MV, dengan lebih daripada 30 orang pemilik menghadirkan diri.

Pada bulan Disember yang lepas, kami telah melaporkan tentang pembukaan pusat perkhidmatan selepas jualan rasmi yang baharu untuk motosikal MV Agusta di Malaysia.

Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd. (GBMC) telah membuat satu pengumuman rasmi yang ia telah menandatangani persetujuan bersama dengan MV Agusta (MV) Motor S.p.A bagi menyediakan sokongan selepas jualan untuk ke semua motosikal MV Agusta di Malaysia. Tekan sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengumuman tersebut.

Susulan kepada pengumuman berkenaan, GBMC pada hari ini telah menganjurkan satu sesi bual bicara kedai bersama dengan pemilik MV Agusta. Sesi ini telah berlangsung di GB Workshop yang terletak di The Gasket Alley.

Sesi ini, yang telah dihadiri seramai kira-kira 30 orang pemilik MV Agusta, bertujuan untuk memperkenalkan kepada para pemilik dengan kakitangan yang bertanggungjawab ke atas pusat perkhidmatan ini.

Sesi ini telah dihoskan oleh Idon Pang, Pengurus Selepas Jualan GB Workshop, yang telah mendapat latihan berkenaan perkhidmatan selepas jualan daripada MV Agusta.

“Sesi ini telah dianjurkan bagi memperkenalkan kepada para pemilik dengan pasukan yang bertanggungjawab di sebalik tabir pusat perkhidmatan ini dan juga kepada prosedur operasi standard kami. Kami ingin menunjukkan kepada para pemilik MV Agusta bahawa kami telah bersiap sedia dan lengkap bagi menyelenggara motosikal MV Agusta,” kata Pang sewaktu sesi berkenaan.

Topik yang telah dibincangkan sewaktu sesi ini termasuklah pengenalan kepada pusat perkhidmatan dan juga mesin-mesinnya, tuntutan waranti, serta pesanan alat ganti.

“Kami amat teruja dan berterima kasih dengan sokongan yang tidak disangka-sangka untuk sesi bual bicara kedai ini. Kami komited dalam menyelenggara motosikal MV Agusta dengan cara yang sebetulnya menggunakan peralatan teknikal yang sesuai dan juga mekanik yang terlatih. Kami telah menghantar ketua jabatan selepas jualan kami ke Itali untuk mendapatkan latihan di kilang MV Agusta dan kami akan meneruskan pelaburan dalam latihan dan peralatan teknikal supaya pemilik MV Agusta mendapat perkhidmatan yang terbaik dan ianya telah kami capai dengan mendengar apa yang dimahukan pelanggan kami,” ujar Juan Chow Wee, Pengurus Besar GBMC.

GB Workshop kini telah membuka pintu mereka kepada ke semua motosikal MV Agusta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan juga untuk tuntutan waranti.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply