Model Yamaha YZF-R15 adalah sebuah motosikal lumba ringan. Kelebihannya adalah pada kelajuan menyelekohnya dan kelincahannya. Unit yang kami uji telah mengagumkan kami dengan kelajuan tertingginya.
Category: Motosikal lumba
Mengapakah model BMW S 1000 RR yang pertama bercirikan lampu hadapan tidak simetri? Mengapa pula bagi model S 1000 RR 2019 ianya simetri? Semua ini berbalik kepada fungsi.
Revival Cycles telah membina sebuah motosikal BMS S 1000 R buatan khas yang dilengkapi dengan tarikan ‘vintaj’. Bertapak di Texas, Amerika Syarikat, mereka telah menghasilkan sebuah motosikal dengan gaya motosikal lumba klasik yang digandingkan dengan kelengkapan prestasi S 1000 RR. Reraup aloi buatan khas dan kelengkapan berilhamkan prestasinya semuanya disertakan bagi meningkatkan kebolehan motosikal tersebut…
MV Agusta telah melancarkan model MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS 2018 yang terkini dan didatangkan dengan sistem klac automatik. Dengan ciri “Smart Clutch System”, motosikal ini mampu mengaktifkan dan menyahaktifkan klac secara automatik bergantung kepada kemampuan rev enjinnya. Ringkasnya, sistem SCS ini membolehkan penunggang untuk berhenti dan memulakan perjalanan semula tanpa menyentuh klac.
MV Agusta telah menyatakan bahawa mereka akang menghentikan pengeluaran motosikal superbike MV Agusta F4 menjelang hujung tahun 2018. Motosikal superbike MV Agusta yang berikutnya hanya akan tiba selepas tahun 2020, di mana jenama itu kini sedang menumpukan perhatian pada model empat silinder baru yang lain dahulu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, motosikal superbike baru…
India Yamaha Motor (IYM) dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal Yamaha YZF-R15 2018 ketika acara Auto Expo 2018. Versi ketiga motosikal R15 ini dilengkapi dengan enjin satu silinder 155cc yang menjana 19hp dan 15Nm tork. Ciri menakjubkan lain yang ada pada motosikal ini termasuklah Variable Valve Actuation (VVA), klac ‘assist-and-slipper’, konsol instrument digital dan bermacam-macam…
Kebanyakan penunggang baru hari ini dengan mudahnya dapat bertukar dari motosikal kapcai ke motosikal lumba atau naked. Dalam jangkauan di antara 200cc hingga 500cc, motosikal tahap permulaan ini semakin meningkat permintaannya dan para pengeluar telah menyedari akan hal ini. Motosikal lumba dan naked seperti KTM RC390 dan 390 Duke telah menjadi tunggangan pilihan utama, malah…