Motosikal BMW S 1000 RR Buatan Khas Ciptaan Revival Cycles

  • Revival Cycles telah membina sebuah motosikal BMS S 1000 R buatan khas yang dilengkapi dengan tarikan ‘vintaj’.
  • Bertapak di Texas, Amerika Syarikat, mereka telah menghasilkan sebuah motosikal dengan gaya motosikal lumba klasik yang digandingkan dengan kelengkapan prestasi S 1000 RR.
  • Reraup aloi buatan khas dan kelengkapan berilhamkan prestasinya semuanya disertakan bagi meningkatkan kebolehan motosikal tersebut sebagai sebuah motosikal lumba.

Tidak ramai yang akan mengambil sebuah motosikal superbike masa kini yang cukup hebat dan menukarnya menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain. Kebanyakan orang akan menganggapnya sebagai satu tugas yang amat mencabar, namun, bagi Revival Cycles dari Texas, Amerika Syarikat, ianya sesuatu yang sanggup mereka tempuhi, dan hasilnya, cukup menakjubkan.

Usaha ini bermula pada tahun 2015, di mana BMW Motorrad Amerika Syarikat telah menjemput Revival Cycles ke majlis pelancaran rasmi model BMW S 1000 RR. Mereka telah mengambil sedikit masa bagi membayangkan hasil buatan khas motosikal lumba buas ini, dan setelah beberapa tahun berlalu, tercetus satu idea untuk sebuah ciptaan yang bertemakan ‘vintaj’.

BMW Motorrad Amerika Syarikat telah memberikan sebuah motosikal BMW S 1000 R serba baharu sebagai asas rekaan mereka dan perkara pertama yang telah mereka lakukan adalah ‘menjinakkan’ motosikal itu supaya ia boleh memberikan prestasinya yang terbaik. Beberapa pusingan mengelilingi litar Circuit of the Americas dengan bantuan beberapa orang teman menjadikan tugas itu selesai dengan pantas dan efisyen.

Selepas merombak semula ECU bagi membebaskan keseluruhan 200 kuasa kudanya, mereka telah menanggalkan ke semua kelengkapan kecuali kelengkapan asas yang penting dan memulakan kerja pengkhususan. Para pembuat motosikal khas di Revival Cycles telah mencuba beberapa buah modifikasi pada sistem ekzos dan menala ECU motosikal berkenaan. Selain itu, tiada yang lain yang telah diusik memandangkan model S 1000 RR serba baharu itu dianggap cukup sempurna dari segi prestasinya.

Dan dengan itu, mereka memulakan tugas pengkhususan rupa paras motosikal berkenaan. Reraup aloi serba baharu telah dibina bagi mencantikkan lagi rupa paras yang teralun halus motosikal tersebut, yang dimungkinkan dengan sub-kerangka baharunya itu. ECU, kelengkapan elektronik, hinggalah ke baterinya, semuanya dirumahkan pada sub-kerangka motosikal berkenaan.

Sebahagian daripada reraup sisi dan ‘belly pan’ telah ditukang tangan bagi memberikannya rupa yang lebih organik pada jentera litar hiper-moden ini. Mereka juga turut membuat khas tangki bahananapinya bagi memastikan yang motosikal itu mampu membawa 22 liter bahanapi! Ini adalah hasil inspirasi dari motosikal yang digunakan dalam perlumbaan ketahanan.

Motosikal BMW S 1000 RR buatan khas ini mungkin berupa paras ‘vintaj’, namun, ia lebih dari sekadar itu. Walaupun dengan gaya motosikal lumba lama, ia masih mempunyai 200hp yang boleh digunapakai dan berdasarkan pengalaman peribadi kami, BMW S 1000 RR ini adalah sebuah jentera prestasi yang amat mengagumkan.

Sumber imej: Motorcycle.com

Sepuluh Inovasi Yang Dipelopori BMW Motorrad

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply