Sepuluh Inovasi Yang Dipelopori BMW Motorrad

  • Kebanyakan teknologi motosikal masa kini telah dirintisi oleh BMW Motorrad.
  • Inovasi-inovasi ini termasuklah teknologi untuk prestasi, keselamatan, praktikaliti, reliabiliti, dan keselesaan.
  • Sepuluh inovasi dari BMW Motorrad ini adalah sebahagian kecil daripada keseluruhannya.

Kami baru sahaja selesai melakukan tunggang uji menyeluruh bagi tiga buah motosikal BMW Motorrad, semuanya berdasarkan enjin ‘inline-Four’ rangkaian S mereka; superbike S 1000 RR, motosikal ‘roadster’ (yang juga dikenali sebagai motosikal naked) S 1000 R, dan motosikal sport-tourer S 1000 XR.

Ketiga-tiga model berkenaan memainkan peranan mereka dengan hebat sekali. Namun, sebelum kami siarkan video dan ulasan penuhnya nanti, ini ada sedikit maklumat tambahan mengenai motosikal BMW.

BMW Motorrad, seperti mana divisyen automotifnya, senantiasa merintisi inovasi, menginjak kebolehan teknologi jentera motosikal mereka ke satu tahap yang baharu, yang mana inovasi ini kemudiannya telah digunapakai secara meluas dalam industri permotosikalan.

Di sini, kami senaraikan 10 inovasi yang telah dipelopori oleh BMW Motorrad, mengikut kronologi.

10. R32 (1923) – MOTOSIKAL PERTAMA BMW

BMW R32

BMW telah diasaskan pada tahun 1916, melalui rombakan semula organisasi Rapp Motorenwerke, yang menghasilkan enjin kapal terbang dalam Perang Dunia Pertama. Bagaimana pun, apabila Luftwaffe (Tentera Udara Jerman) diharamkan dalam Perjanjian Versailles selepas tamatnya Perang Dunia 1, syarikat tersebut telah berubah kepada sebuah syarikat yang menghasilkan enjin industrial, brek udara, jentera agrikultur, kotak perkakas dan perabot pejabat, sebelum mereka mula menghasilkan motosikal dan kereta.

BMW kemudiannya telah menghasilkan sebuah enjin ‘flat-twin’ (Boxer) untuk motosikal pada tahun 1921 dan sering digunakan dalam motosikal Helios. BMW kemudiannya bergabung dengan pengeluar Helios yang bergelar Bayerische Flugzeugwerke pada tahun 1922, mewarisi Helios.

Ini kemudiannya telah melahirkan model R32 pada tahun 1923. Diperkenalkan sewaktu Berlin Motor Show, ia menandakan permulaan konsep pacuan BMW – enjin sejukan udara, dwi-silinder, empat lejang Boxer dengan kotak gear manual dipacu terus ke belakang denga pacuan akhir syaf.

Walaupun ia tidak membawa sebarang pembaharuan dari segi teknologi, enjinnya merupakan DNA bagi ke semua motosikal BMW janaan enjin Boxer sehingga hari ini

9. R12 – (1935) – FORK TELESKOPIK HIDRAULIK

BMW R12

Fork teleskopik awal terdiri hanya daripada pegas di bahagian dalamnya tanpa sebarang tambahan bagi menghebatkannya. BMW telah memperkenalkan fork yang diredam secara hidraulik pada model R12 ini dan semenjak itu ianya telah digunapakai oleh ke semua pengeluar pada masa ini. Fork yang diredam secara hidraulik telah merintis jalan bagi penggunaan injap, lohong, dan kartrij bagi mengawal kadar redaman dalam suspensi moden.

8. R90S (1973) RERAUP LAMPU HADAPAN

BMW R90S

Benar, ada motosikal yang lain yang telah memautkan reraup pada lampu hadapannya sebelum model R90S, namun, BMW adalah pengeluar pertama yang menggunakannya pada motosikal pengeluaran luas. Model R90S telah direka oleh Hans Muth, yang juga telah merekabentuk model Suzuki Katana, manakala skema warna Daytona Orange dua tona itu adalah bagi memperingati kemenangan pertama motosikal tersebut di Daytona International Speedway pada tahun 1976.

Motosikal Replika Perlumbaan Dengan Skema Warna Tercantik

7. R1000RS (1977) – RERAUP PENUH

BMW R100RS

Seperti model R90S, motosikal rerap penuh lebih sinonim dengan jentera perlumbaan sebelum BMW melengkapkannya pada motosikal pengeluaran R1000S. Satu lagi hasil rekaan Hans Muth, tetapi dengan bantuan terowong angin. Pelitup lampu hadapan, panel sisi, dan ‘belly pan’ yang dipaut terus pada badan motosikal, serta palang pemegang yang boleh bergerak secara bebas, sesuatu yang sudah biasa kita lihat pada masa ini.

6. R80G/S (1980) – MOTOSIKAL ADVENTURE-TOURER PERTAMA DAN LeNGAN AYUN SATU SISI

BMW R80G/S

Seperti yang telah kami terangkan sebelum ini dalam ulasan tunggang uji R nineT Urban G/S, motosikal kembara sebelum R 80 G/S dihasilkan berilhamkan motosikal enduro. Walaupun ianya hebat untuk meluncur laju di atas laluan denai, ia mempunyai kekurangan dari segi jarak yang boleh direntasi, kapasiti mengangkut bagasi, dan keselesaan bagi penunggangan ‘off-road’ yang panjang, mahu pun untuk jalan-jalan yang menuju ke arah laluan tersebut. BMW menyedari akan kekosongan ini dan telah memperkenalkan R 80 G/S pada tahun 1980, yang mana telah melahirkan segmen adventure-touring yang serba baharu.

Selain daripada itu, model R 80 G/S juga merupakan motosikal arus perdana pertama yang dilengkapi dengan lengan ayun satu sisi

Ya, model R 80 G/S, singkatan bagi Gelande/Strasse (Off-road/Road), adalah perintis bagi model GS yang terlaris.

5. K100 (1987) – BREK ABS

BMW K100

ABS adalah ciri yang wajib bagi ke semua motosikal baharu di Eropah pada masa ini dan ianya sama penting seperti breknya sendiri. Sistem ABS motosikal yang pertama bergelar ABS-1. Ia mempunyai getaran yang biasa kita rasa sewaktu kita menggunakan tuilnya itu, menggusarkan sesetengah penunggang yang tidak biasa dengan operasinya. Generasi ke-10 ABS pada waktu ini telah dipertingkatkan dari generasi-generasi yang sebelumnya.

4. R1000GS (1988) – SUSPENSI BELAKANG PARALEVER

BMW R100GS

Aci pacu telah menyebabkan reaksi yang agak pelik bagi penunggang motosikal pacuan rantai atau tali sawat. Daya tangensial yang bertindak pada hab roda menyebabkan roda belakangnya melompat, dan bukannya mendekam sewaktu agihan berat yang terjadi ketika pemecutan. BMW menangani isu ini dengan memasang satu tuas tambahan selari dengan paksi aci pacu, mencipta sebuah ‘parallelogram’ – dan dengan itu, terbitlah nama ‘Paralever’. Jurutera BMW kemudiannya menala halus lagi Paralever ini bagi membolehkan darjah mendekam pada mana-mana kenderaan sewaktu dalam pemecutan. Paralever juga telah digunapakai oleh motosikal pacuan syaf BMW lain dengan tatarajah enjin yang berlainan, bermula dengan model K1, juga pada tahun 1988.

3 R1100RS (1993) – SUSPENSI HADAPAN TELELEVER

BMW R1100RS

Seiring dengan suspensi belakang Paralever, suspensi Telelever cukup sinonim dengan motosikal BMW. Kami pernah menulis mengenai Telelever secara mendalam serta fungsinya. Namun, satu perkara penting yang disedari adalah betapa normalnya rasa suspensi hadapan Telelever bagi penunggang yang tidak pernah merasainya.

2. K 1200 S (2004) SUSPENSI HADAPAN DUOLEVER

Casis BMW K 1200 S

Suspensi hadapan Duolever gaya Hossack ini mengasingkan beban pembrekan dan menyelekoh dari palang pemegang, dan dengan itu membolehkan penunggang untuk terus membelokkan motosikal, selain daripada faktor keselesaannya. Walaupun konsep ini tidaklah digunapakai secara meluas dalam industri, ada sebuah pembuat motosikal yang luarbiasa yang telah menggarap sistem ini, dengan hasil yang menakjubkan; Britten.

Telah dilaporkan bahawa BMW Motorrad telah menimbangkan penggunaan suspensi Duolever ini bagi motosikal superbike S 1000 RR.

Diperkenalkan pada model K 1200 S pada awalnya, suspensi Duolever ini kini dilengkapkan pada motosikal tourer K 1600. Atur cara ini memberikan pengendalian yang lincah dan amat ringan bagi motosikal yang amat besar itu.

1. K 1200 S (2004) – ELECTRONIC SUSPENSION ADJUSTMENT (ESA)

BMW K 1200 S

Kami terpaksa membahagikan dua inovasi ini walaupun ianya telah diperkenalkan pada sebuah model yang sama, kerana ESA ini merupakan kelengkapan pilihan tambahan bagi model K 1200 S. Ia kini ciri standard bagi rangkaian motosikal R 1200 GS.

Dilengkapkan dengan sistem ini, model K 1200 S merupakan motosikal pengeluaran pertama dunia yang bercirikan suspensi boleh laras secara elektronik. Seperti mana cara ia berfungsi sekarang, penunggang boleh memilih pra-muatan berdasarkan muatan, dan redaman berdasarkan kesukaan penunggang.

Suspensi ESA ini merintis jalan bagi ESA II; Dynamic ESa, dan DDC (Dynamic Damping Control), yang boleh didapati pada rangkaian motosikal S 1000 BMW yang baru sahaja kami tunggang uji.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]