Category: Motosikal dwi-sukan
KTM India telah mengesahkan bahawa model KTM 390 Adventure 2019 yang baharu akan sedia untuk dikilangkan pada tahun hadapan. Motosikal kembara tahap permulaan yang baharu itu akan berkongsi platform yang sama seperti model 390 Duke dan RC390. Model 390 Adventure yang baharu ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini sewaktu EICMA 2018.
Moto Guzzi telah memperkenalkan motosikal konsep, V85, sewaktu EICMA 2017. Motosikal V85 datang dalam bentuk sebuah motosikal dwi-sukan. Fail paten buat motosikal terebut telah didedahkan di atas talian.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Yamaha Super Ténéré merupakan sebuah nama yang berlegenda. Ia melambangkan sebuah motosikal kembara yang teguh, boleh diharap dan mampu untuk ke mana sahaja. Motosikal ‘Super Ten’ ini dilengkapi dengan suspensi elektronik dari tahun 2016 ke atas, model yang diuji adalah model tahun 2015.
Rimba Raid Adventure Weekend adalah satu acara terbaru untuk komuniti penggemar motosikal dwi-sukan ASEAN. Ianya akan diadakan bermula 10 hingga 12 Februari 2018 di Kampung Chemperoh di Janda Baik, Pahang. Sudah ada lebih daripada 100 peserta yang telah mengesahkan diri akan menghadiri acara ini.
Satu gambar intipan yang menunjukkan sebuah motosikal yang mungkin sekali adalah motosikal dwi-sukan BMW F 850 GS 2019 yang sedang diuji. Walaupun model 2018 motosikal tersebut baru sahaja dilancarkan pada bulan November yang lalu, model yang baru ini dilihat ada beberapa perbezaannya. Model yang dikemaskini itu dijangka bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.
Royal Enfield Baru sahaja mempratontonkan tawaran terkini mereka untuk tahun hadapan dalam bentuk sebuah motosikal kembara, Royal Enfield Himalayan 2018. Motosikal kembara tahap mulaan ini dilengkapi dengan sebuah enjin 411cc satu silinder yang menghasilkan 24.5hp dan 32Nm tork. Motosikal Royal Enfield 2018 ini dijangkakan tiba di bilik pameran seluruh dunia sekitar bulan Jun…
Boon Siew Honda sedang merancang untuk mengembangkan lagi rangkaian motosikal mereka bagi tahun 2018 dengan lebih kurang sepuluh model terbaru. Dua daripada model baru ini akan memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi motosikal kembara. Selain daripada rangkaian Honda CRF250L 2017 yang telah diperkenalkan baru-baru ini, kita boleh nantikan kemunculan Honda X-ADV dan Africa Twin…