ads

Paten Motosikal Dwi-Sukan Moto Guzzi V85 Tersebar

  • Moto Guzzi telah memperkenalkan motosikal konsep, V85, sewaktu EICMA 2017.
  • Motosikal V85 datang dalam bentuk sebuah motosikal dwi-sukan.
  • Fail paten buat motosikal terebut telah didedahkan di atas talian.

Terdapat pelbagai suara yang cukup teruja sejak Moto Guzzi mendedahkan motosikal dwi-sukan konsep mereka, V85, sewaktu acara pertunjukan motosikal, EICMA 2018 pada bulan November yang lalu.

Piaggio telah merancang untuk memperkenalkan motosikal dwi-sukan yang baharu sejak model Stelvio 1200 NTX dihentikan pengeluarannya kerana tidak mematuhi piawaian Euro4.

Laman sesawang mini V85 telah pun beroperasi (tekan sini untuk melayari laman tersebut) dan akan memberikan sedikit perspektif mengenai motosikal konsep ini. Reka bentuknya mengimbau kembali kepada motosikal rali dari tahun 1980-an – lebih-lebih lagi motosikal yang menyertai Rali Paris-Dakar.

Di mana laman sesawang mini tersebut diakhiri dengan pesanan untuk teruskan bersama mereka untuk perkembangan selanjutnya, Motorcycle.com telah berjaya mengorek dengan lebih dalam dan menemui sebuah perfailan paten bagi motosikal ini di Australia. Dengan adanya fail paten ini, ia menunjukkan yang produk ini mungkin sekali akan memasuki tahap pengilangan!

Sumber imej: Motorcycle.com

Merujuk kepada gambar yang telah disiarkan oleh Motorcycle.com, nampaknya ia akan mengekalkan kebanyakan elemen motosikal konsep berkenaan. Ianya satu berita yang menggembirakan kerana motosikal-motosikal konsep ini selalunya akan menukar kebanyakan daripada cirinya yang mengagumkan sebaik sahaja ianya memasuki tahap pengilangan. Satu contoh yang baik adalah model KTM 790 Duke.

Sumber imej: Motorcycle.com

Model V85 sudah pasti tampak amat hebat, dengan pelbagai ciri yang cukup berbeza dengan rekaan kontemporari sebuah model Moto Guzzi. Lihat sahajalah monoshock belakangnya yang terdedah bagi meniru rupa penyerap hentakan berganda tradisional, kerangka tiub keluli dan panel badan yang minimalis, dan skema warnanya yang retro itu. Laman sesawang rasminya juga telah mendedahkan yang penjana kuasa motosikal ini adalah sebuah enjin V-Twin melintang, 90 darjah, sejukan udara, 850cc, yang menghasilkan 80hp. Ini bermakna yang ianya enjin yang sama yang menjana rangkaian V9.

Moto Guzzi masih belum mengesahkan akan nama rasmi model V85 ini, memberikan peluang buat para peminat untuk ‘mengundi’ di antara nama Terra, Explorer, Bluster, Rover, Desert, Pathfinder, Stelvio, atau NTX.

Buat sementara itu, anda boleh melayari laman Facebook Moto Guzzi Malaysia, atau kunjungi bilik pameran mereka di lokasi di bawah.

Leave a Reply