Motosikal buatan khas Berluti Triumph Bonneville adalah satu contoh yang baik gabungan fesyen dan permotosikalan. Berluti merupakan sebuah jenama di bawah Louis Vuitton. Panel badannya diperbuat daripada gentian karbon dan enjinnya dikekalkan standard.
Category: Motosikal Buatan Khas
Pengeluar komponen selepas jualan dari Jepun, Kitaco, telah mengubahsuai sebuah motosikal Honda Monkey yang comel menjadi sebuah motosikal café racer. Ia kini tampak lebih gagah perkasa, namun pada masa yang sama, tidak hilang kecomelannya. Motosikal Honda Monkey adalah sebuah platform yang sesuai untuk pengubahsuaian.
Motosikal lumba atau buatan khas yang diinspirasikan oleh motosikal flat-track amat tersendiri rupa bentuknya, dan ianya jelas dapat dilihat pada motosikal flat-tracker Triumph Bonneville Super Hooligan ini. Motosikal berkenaan telah diubahsuai untuk kategori perlumbaan Super Hooligan. Art Hartman, pelumba yang telah membina motosikal ini mendapati motosikal Bonnie ini lebih ringan dan lincah.
Motosikal Ducati Diavel 1260 S Materico adalah sebuah motosikal konsep rekaan yang dihasilkan bersempena dengan “Milan Design Week”. Ia lahir dari pertemuan antara pereka, Tom Dixon, dan para pereka dari Ducati, Lamborghini, Pirelli, dan VW. Ianya sebuah model ‘one-off’ istimewa dan diperagakan di restoran milik Tom Dixon.
Motosikal buatan khas tiga roda Boss Hoss Lamborghini ini telah ditempah oleh seorang pelanggan di Jerman. Ia menggabungkan sebuah motosikal Boss Hoss dengan sebuah Lamborghini Aventador. Maklumat terperinci enjinnya tidak dapat dipastikan, tetapi kemungkinan besar ianya adalah sebuah enjin Corvette V-8 LS 445, 6,200cc.
Dalam masa beberapa tahun lagi, anda mungkin boleh membuat cetakan 3D kelengkapan anda sendiri. Sebuah firma reka bentuk Perancis, VIBA telah mencetak 3D komponen motosikal Honda Monkey ini. Komponen-komponen tersebut adalah buatan aluminium, dan bukannya dari plastik.
Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali telah mengatakan sebelum ini bahawa akan ada lebih banyak model V4 yang akan diperkenalkan. Para penggemar Ducati mengharapkan yang salah sebuah daripadanya adalah Streetfighter V4 baharu. Buat masa ini, Officine GP Design telah membina Ducati Streetfighter V4 ini.
Motosikal TMC Dumont telah dibina menggunakan sebuah enjin kapal terbang Rolls-Royce. Ia dilengkapi dengan roda tanpa hab 36 inci. Motosikal ini telah memenangi anugerah “Best of Show di “77th Daytona Bike Week”.
Walt Siegel Motorcycles (WSM) adalah pembina motosikal Ducati buatan khas. Mereka telah membina model retro ini yang telah diberi nama “SBK”. WSM telah membina motosikal ini menggunakan enjin Ducati sejukan udara atau pun cecair.