Motosikal BMW S 1000 RR Buatan Khas Ciptaan Revival Cycles

Revival Cycles telah membina sebuah motosikal BMS S 1000 R buatan khas yang dilengkapi dengan tarikan ‘vintaj’. Bertapak di Texas, Amerika Syarikat, mereka telah menghasilkan sebuah motosikal dengan gaya motosikal lumba klasik yang digandingkan dengan kelengkapan prestasi S 1000 RR. Reraup aloi buatan khas dan kelengkapan berilhamkan prestasinya semuanya disertakan bagi meningkatkan kebolehan motosikal tersebut…

Mari Kita Belek Motosikal Buatan Khas Suntikan Nitrus Yamaha Yard Built XSR700

Sebuah motosikal buatan khas suntikan nitrus, Yamaha Yard Built XSR700 telah dibina oleh Brice Hennebert dan Workhorse Speed Shop. Motosikal yang dikhususkan sepenuhnya itu telah dibina untuk bertanding di acara perlumbaan drag ‘Sultans of Sprint’ baru-baru ini. Beberapa buah kelengkapan berprestasi tinggi telah dilengkapkan pada motosikal buatan khas ini termasuklah satu sistem NOS.

Arch Method 143 2018 – Motosikal Hiper Cruiser 2,343cc

Motosikal hiper cruiser terkini dari Arch Motorcycle Company telah datang dalam bentuk Arch Method 143 2018. Dijana oleh enjin raksasa S&S V-Twin 2,343cc, motosikal cruiser terbaru daripada syarikat Keanu Reeves ini dikatakan boleh menghasilkan kuasa melebihi 170hp. Hanya 23 buah unit sahaja yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia. Tiada berita mengenai harganya buat waktu ini.

Motosikal Buatan Khas Ulang tahun Ke-55 Alpinestars

Alpinestars baru-baru ini telah menyambut ulang tahun ke-55 mereka pada hujung minggu lalu dengan sebuah motosikal buatan khas ulang tahun ke-55 Alpinestars. Motosikal buatan khas itu telah dibina oleh Michael Wooloway dari Woolies Workshop di California. Dijana oleh enjin jentera perlumbaan Ducati 750 Sport 1974, beserta dengan komponen-komponen berilhamkan MotoGP yang lain yang telah digunakan…

Mari Kita Bantu Eastern Bobber Bersedia Untuk Ke INTERMOT Jerman Dengan Penuh Bergaya!

Eastern Bobber memerlukan bantuan dana anda bagi mewakili Malaysia di INTERMOT Jerman pada tahun ini. Pembuat motosikal buatan khas, Omar Jumiran, beserta karya ciptaannya, Bone-X, akan bertanding di “AMD World Championship of Custom Bike Building 2018”. Dia akan menjadi warga Malaysia pertama yang akan bertanding di sana dan memerlukan segala bantuan (dan dana) yang dia…

Arca Dua Roda Bone-X Karya Eastern Bobber

  Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Bone-X, hasil karya Eastern Bobber bakal mewakili Malaysia di AMD World Championship of Custom Bike Building di pertunjukan Intermot lewat tahun ini. Kami telah mendapat peluang berjumpa dengan Encik Omar jumiran bagi melihat serta menangkap gambar motosikal tersebut dengan lebih dekat. Ikuti laman kami di mana kami akan…