TMC Dumont – Enjin Kapal Terbang Dalam Sebuah Motosikal!

  • Motosikal TMC Dumont telah dibina menggunakan sebuah enjin kapal terbang Rolls-Royce.
  • Ia dilengkapi dengan roda tanpa hab 36 inci.
  • Motosikal ini telah memenangi anugerah “Best of Show di “77th Daytona Bike Week”.

Jika anda mahu tahu apa itu kreativiti, atau lebih tepat lagi jika anda mahu lihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan eksentrik, kelancangan, dan juga sifat ‘gila-gila dalam dunia automotif, anda hanya perlu menyaksikan motosikal ini. Motosikal TMC Dumont ini menayangkan sifat-sifat berkenaan dengan hebat sekali.

Motosikal TMC Dumont telah dibina oleh Tarso Marques dan pasukannya. Pemandu dari Brazil ini mewakili pasukan Minardi dalam perlumbaan Formula 1 dari tahun 1996 hingga 2001. Pemandu dari Malaysia, Alex Yoong telah menggantikan Marques pada tahun 2001 dengan berbakikan tiga perlumbaan.

Tamat kerjaya F1-nya, Marques telah menceburkan diri dalam dunia pembinaan motosikal buatan khas.

Motosikal ini tampak cukup menakjubkan sekali dengan roda tanpa hab 36 inci yang amat besar itu, tetapi, bukan itu sahaja ciri yang amat mengujakan tentang motosikal hebat ini. Menjana motosikal yang amat mengagumkan ini adalah sebuah enjin kapal terbang, Rolls-Royce Continental V6 yang menghasilkan sehingga 300hp!

Motosikal Dumont ini adalah penjelmaan sejati pepatah yang sebuah motosikal ini terdiri hanya daripada sebuah enjin dan dua buah roda. Penunggang duduk mengangkang antara enjin dengan tayar belakang yang terdedah tanpa pelindung. Keseluruhan casis terletak hanya beberapa inci dari permukaan tanah. Seksa kalau jumpa bonggol ni….

Ya, kami juga tertanya, mana breknya?

Walaupun ianya sama sekali tidak praktikal, seperti menggunakan pedang Samurai untuk bercukur, motosikal TMC Dumont telah mendapat pujian ramai dalam dunia buatan khas. Malah, ia turut dianugerahkan dengan “Best of Show” sewaktu “77th Daytona Bike Week”.

Siapa kata ‘gila-gila’ tidak boleh membawa anda ke mana-mana?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.