Para pemilik motosikal Aprilia mulai merasakan hasil pertukaran pengedar rasmi baharu jenama itu. Para pemilik yang juga ahli kelab Urban Riders telah menganjurkan satu tunggangan hujung minggu ke Melaka bagi beriadah di tepi pantai. Kumpulan tersebut telah memulakan perjalanan mereka dari Aprilia Malaysia yang berada di The Gasket Alley.
Category: Motorcycle Club
Konvoi Buka Puasa HOG PJ yang julung kali telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu, ke Restoran Seafarer, Melaka. Sekitar 40 orang ahli kumpulan Harley Owners Group Petaling Jaya telah menyertai tunggangan ini. Sesi berbuka puasa juga telah disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang, Gue Teck.
Begitu ramai kelab motosikal telah menjadikan Melaka sebagai destinasi penunggangan mereka, dan kali ini, tiba giliran Moto Guzzi Malaysia. Konvoi berkenaan telah mengikuti laluan dengan pemandangan yang indah dari Port Dickson ke Melaka. Pelbagai koleksi model motosikal Moto Guzzi telah muncul untuk turut sama menyertai konvoi ini.
Sebuah pertandingan golf telah diadakan dengan tujuan untuk mengumpul dana buat beberapa buah badan kebajikan. Acara tersebut telah dianjurkan oleh Cigaros MX dan Momxys MG. Sejumlah 128 peserta telah mengambil bahagian. Moto Guzzi dan Harley-Davidson Petaling Jaya merupakan sebahagian daripada penaja hadiah.
Himpunan 2 Roda 2018 atau pun singkatannya, H2R, akan berlangsung esok di MAEPS Serdang. Dengan sokongan SPRM, lebih daripada 70 buah kelab motosikal dari seluruh Malaysia akan turut serta dalam acara ini bagi membanteras rasuah. Hadirin dijangka akan membanjiri acara ini dalam jumlah ribuan, di mana akan adanya pertunjukan motor, persembahan, dan aktiviti ria untuk…
Kelab Motorsikal Helang Malaysia (HTC MC) dikenali ramai atas usaha amal kebajikannya Baru-baru ini, mereka telah mendermakan sebuah mesin dialisis serba baru kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF). Kelab motosikal ini mempunyai ahli yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan juga golongan profesional yang amat meminati motosikal Harley dan juga usaha kebajikan.
KL Bike Week 2017 telah dianjurkan dengan jayanya pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu di TREC Kuala Lumpur. Ribuan penunggang motosikal telah membanjiri tapak acara berkenaan bagi meraikan segala-galanya yang berkaitan dengan motosikal beserta dengan penyertaan daripada pelbagai perniagaan. BMW Motorrad, Indian Motorcycles, dan The Gasket Alley juga turut serta dalam memperagakan barang…
Tercari-cari kumpulan motosikal Kawasaki untuk disertai? Di sini kami senaraikan beberapa buah kelab motosikal Kawasaki utama di Malaysia. Antara kumpulan motosikal Kawasaki yang paling aktif di dalam negara kita adalah Kawasaki Owners Group (KOG), Wilhin Motor Group, dan Welly Advance Bikers. Selain itu terdapat juga kelab motosikal Kawasaki Lady Bikers, Z800 HaVoc, ZX-6R /…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah CGK (Choppers Garage Kelantan) telah membuat permohonan maaf kepada kerajaan Thailand. Ini berikutan video yang menunjukkan marsyalnya sedang menghentikan lalulintas. Apakah tindak balas yang mungkin terjadi akibat kejadian ini?