Ducati Penang Merevolusikan Pusat Pameran Di Bahagian Utara

Bagi pemilik motosikal Ducati di Pulau Pinang, Ducati Penang merupakan tempat yang sering kali menjadi pilihan bukan sahaja untuk mendapatkan servis selepas jualan terbaik malah aksesori pelbagai. Masuk sahaja dari pintu depan, pelanggan disajikan terus dengan pelbagai model Ducati terkini termasuk barisan aksesori yang lengkap dengan harga mampu milik sehinggalah yang boleh menggigit jari namun…

Aprilia SR GT 200 Sedia Cabar Segmen Skuter ‘Adventure’ – 17HP, 16.5Nm

Aprilia turut menggunakan EICMA 2021 untuk memperkenalkan beberapa model baharu bagi tahun akan datang. Pada hari pembuka tirai, pengeluar motosikal Itali itu mencuri tumpuan apabila memperkenalkan skuter ‘adventure’, SR GT 200. Tampil dengan elemen ADV seperti Honda ADV 150, SR GT dilengkapi penghadang angin tinggi dan tiga lampu LED di bahagian depan yang juga tertonjol…

MotoGP Henti Guna Bahan Api Fosil Bermula 2027

MotoGP bakal mengikut jejak Formula 1 dalam beralih ke penggunaan bahan api lestari (sustainable fuels). MotoGP dalam satu kenyataan menyebut, bermula 2024, 40 peratus minyak yang diguna pakai dalam kelas premier perlu diperolehi daripada sumber lestari – sama ada bahan api yang dihasilkan secara sintetik atau biojisim. Namun, bermula 2027, kesemua bahan api digunakan dalam…

MV Agusta Dedah Lucky Explorer 5.5 2022 – Enjin Parallel-Twin 550cc Dari Benelli

MV Agusta memulakan langkah pertama di EICMA 2021 dengan memperkenalkan motosikal ‘adventure’, Lucky Explorer 5.5. Meskipun masih dalam peringkat prototaip namun laporan media antarabangsa mendakwa bahawa motosikal ini akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai model 2022. Menariknya, Lucky Explorer 5.5 merupakan projek motosikal yang dibangunkan MV Agusta dengan kerjasama Qianjiang, yang merupakan syarikat pemilik jenama…

Yamaha Lancar YZF-R6 Race Dan R6 GYTR 2022

Yamaha telah pun mengemas kini YZF-R6 untuk tahun 2022 dengan dua varian baharu R6 Race dan R6 GYTR dengan kedua-duanya adalah jentera khas untuk litar lumba sahaja. Yamaha R6 Race merupakan jentera litar lumba yang diinspirasikan daripada generasi R6 terdahulu. Bagaimanapun, Yamaha telah membuang segala aspek yang menjadikan R6 sebagai jentera ‘road-legal’ antaranya lampu depan,…

KTM RC 8C Versi ‘Road-Legal’ Mula Jalani Ujian Jalan Raya

Beberapa bulan lalu, ramai yang teruja apabila KTM melancarkan RC 8C edisi terhad. Bagaimanapun, majoriti peminat jenama itu kecewa apabila KTM memaklumkan bahawa RC 8C adalah jentera yang dikhaskan untuk litar lumba sahaja selain hanya terhad kepada 100 unit seluruh dunia. Namun, peminat jenama itu boleh bersorak kerana KTM disahkan bakal memperkenalkan RC 8C versi…

MotoGP: VR46 Selesai Ujian Pra-Musim Di Jerez, Nama Aramco Masih Tidak Kelihatan

Luca Marini dan Marco Bezzecchi telah pun menyempurnakan sesi ujian sulung bagi VR46 Ducati MotoGP di Jerez. Marini dan Bezzecchi melengkapkan ujian pra-musim di Jerez menggunakan jentera Ducati GP21. Bagaimanapun, ketika Bezzecchi akan meneruskan saingan musim 2022 nanti menggunakan jentera sama, Marini akan dinaik taraf dengan GP22 terkini. Namun, meskipun ujian pra-musim telah pun bermula,…

Polis Buru Marshal Konvoi Motosikal Berlagak Jadi Polis Trafik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan marshal konvoi motosikal yang didapati telah bertindak seakan polis trafik dan menahan kenderaan awam lain di persimpangan Sua Betong, Port Dickson seperti video yang tular di media sosial, semalam. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Shah Mohamed. Menurut Aidi, rakaman video berdurasi satu minit 10…

ShiftBoss 2.0 Jajan Baharu Untuk 30,000 Pengguna ECU TuneBoss

FSR Technology kali ini memperkenalkan ShiftBoss 2.0 untuk pasaran tempatan. ShiftBoss 2.0 ini merupakan sistem ‘quickshifter’ yang membolehkan penunggang menukar gear dengan pantas tanpa perlu menarik klac atau menutup ‘throttle’. Menariknya, ShiftBoss 2.0 ini bukan sahaja boleh digunakan dengan ECU TuneBoss generasi kedua yang dilancarkan baru-baru ini malah boleh diselaraskan bersama TuneBoss generasi pertama. ShiftBoss…