Aprilia SR GT 200 Sedia Cabar Segmen Skuter ‘Adventure’ – 17HP, 16.5Nm

Aprilia turut menggunakan EICMA 2021 untuk memperkenalkan beberapa model baharu bagi tahun akan datang.

Pada hari pembuka tirai, pengeluar motosikal Itali itu mencuri tumpuan apabila memperkenalkan skuter ‘adventure’, SR GT 200.

Tampil dengan elemen ADV seperti Honda ADV 150, SR GT dilengkapi penghadang angin tinggi dan tiga lampu LED di bahagian depan yang juga tertonjol seakan menyamai sebuah ‘mudguard’.

Bahagian bawah tempat letak kaki juga menempatkan ‘bash plate’ sekaligus menimbulkan lagi elemen ADV.

Tempat duduk juga kelihatan luas dan lebar bagi penunggang manakala tempat duduk pembonceng pula berada lebih tinggi dan berfungsi sebagai ‘backrest’ bagi penunggang.

SR GT 200 ini ini tampil dengan tayar 14″ depan dan 13″ belakang bersama rim aloi.

Sementara itu, skuter tersebut didatangkan dengan enjin satu silinder 174cc yang menawarkan 17.43hp pada 8,500rpm dan 16.5Nm pada 7,000rpm.

Aprilia SR GT juga tampil dengan varian 125cc yang menawarkan 14.7hp dan 12Nm.

Sistem suspensi pula hadir menerusi fork teleskopik Showa dengan jarak perjalanan 122mm serta penyerap hentakan berkembar Showa di belakang.

Menariknya, suspensi Showa tersebut juga menyumbang kepada jarak kelegaan tanah (ground clearance) yang agak tinggi, 175mm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • tangki 9L
  • ABS
  • cakera brek 260mm depan dan 220mm belakang
  • paparan digital LCD
  • sistem start/stop
  • port pengecas USB
  • tempat letak barang 25L

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.