Polis Buru Marshal Konvoi Motosikal Berlagak Jadi Polis Trafik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan marshal konvoi motosikal yang didapati telah bertindak seakan polis trafik dan menahan kenderaan awam lain di persimpangan Sua Betong, Port Dickson seperti video yang tular di media sosial, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Shah Mohamed.

Menurut Aidi, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat itu jelas memaparkan marshal menahan trafik sewaktu lampu isyarat merah bagi membenarkan sekumpulan konvoi motosikal berkuasa besar untuk meneruskan perjalanan.

“Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta beri kerjasama pada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-647222,” jelasnya.

Jelas Aidi lagi, konvoi tidak mempunyai kuasa untuk bertindak menahan trafik, mengawal, melencong kenderaan awam lain tanpa kehadiran pihak berkuasa. – HM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply