Sepang Shakedown: Yamaha Uji ‘Winglet’ Baharu Di Hari Kedua

Hari kedua ujian tertutup ‘Sepang Shakedown’ menyaksikan Yamaha giat menguji jentera Yamaha YZR-M1 dengan pelumba uji Cal Crutchlow.  Hari pertama di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan Crutchlow berjaya mencatatkan kelajuan maksima 330km/j, naik 3km/j berbanding musim lalu.  Ini sekaligus menyaksikan Yamaha cuba menunaikan permintaan Fabio Quartararo dalam menghadirkan kelajuan maksima yang lebih tinggi dalam usaha menyaingi…

Potong Brek, Pasang Tayar Sotong, 5 Bengkel Motosikal Terima 66 Saman

Lima buah bengkel motosikal telah dikenakan tindakan saman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang setelah didapati melakukan pengubahsuaian motosikal secara haram.  Memetik laporan BERNAMA, JPJ Pulau Pinang telah mengeluarkan 66 notis saman terhadap lima pemilik bengkel berkenaan setelah didapati melakukan ubah suai pada 24 motosikal yang terdapat pada premis masing-masing. Menurut Pengarah JPJ…

Lelaki Ini Sempurnakan Koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer 2003 Hingga 2011

Tidak dinafikan, motosikal Yamaha RX-Z merupakan antara model yang mempunyai peminatnya tersendiri.  Acara seperti RXZ Members juga berjalan meriah setiap penganjuran dan mendapat sambutan hebat kerana dapat mengumpulkan pemilik motosikal tersebut dari seluruh negara.  Bagaimnanapun, seorang peminat dan pengumpul membuktikan dirinya sebagai peminat tegar apabila berjaya melengkapkan koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer dari tahun 2003 hingga…

JSPT Cari Lelaki Tunggang Ducati Hypermotard Tanpa Helmet

Baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal jenis Ducati Hypermotard di jalan raya awam tanpa memakai helmet.  Video berdurasi 11-saat itu jelas memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi itu tanpa helmet di Lembah Klang.  Sehubungan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta agar lelaki dalam video…

Kesan Pemandu Mabuk Dan Kesalahan Lain Jadi Sukar Bila Lokasi SJR Dikongsi Di Waze

Baru-baru ini Polis Kuala Lumpur telah menasihati orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat sekatan jalan raya di aplikasi Waze.  Nasihat itu mendapat pelbagai reaksi terutamanya daripada pengguna jalan raya.  Memetik laporan Berita Harian,  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim menjelaskan tindakan berkongsi maklumat SJR di Waze menyukarkan tugas polis dalam mengesan pemandu yang…

QJMotor SRK 1000 RR Didedahkan – Guna Enjin MV Agusta, 208HP, 116.5Nm

Umum sedia maklum QJMotor telah memeterai perjanjian dengan dua jenama besar termasuk Harley-Davidson dan MV Agusta.  Kerjasama itu menyaksikan QJMotor bertanggungjawab menghasilkan Harley-Davidson X350 dan MV Agusta Lucky Explorer 5.5. Bagaimanapun kerjasama dengan MV Agusta juga berjalan dalam dua arah yang bermakna QJMotor juga akan memperoleh sumber daripada jenama motosikal Itali itu termasuk enjin.  Terbaru,…

Motosikal Elektrik Sulung Suzuki Bakal Tiba 2024

Suzuki merupakan antara pengeluar motosikal dunia yang komited dalam pembangunan teknologi hijau apabila sanggup menghentikan projek permotoran di Kejuaraan Dunia MotoGP dan EWC.  Penarikan diri daripada sebarang kejuaraan dunia permotoran itu adalah bagi mengalihkan perbelanjaan kepada pembangunan karbon neutral termasuk penghasilan jentera elektrik. Suzuki sebelum ini telah pun mendedahkan perancangan untuk memperkenalan lapan motosikal elektrik…

RASMI: Aveta VZR250 Diperkenalkan – 25HP, RM14,998

Jenama motosikal tempatan baharu, Aveta dengan rasminya melancarkan Aveta VZR250 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan asas RM14, 998.  Seperti dimaklumkan sebelum ini, Aveta VZR250 merupakan motosikal berkapasiti 250cc ‘entry-level’ untuk pasarn tempatan.  Hadir dengan reka bentuk moden dan agresif, VZR250 bakal menandingi Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha YZF-R25.  Untuk rekod, VZR250 dikuasakan enjin satu…

KEMAS KINI: Honda XL750 Transalp Sah Masuk Malaysia

Nama Transalp kembali semula dalam portfolio Honda bagi tahun 2023 dengan pelancaran Honda XL750 Transalp ketika di EICMA 2022, tahun lalu. Motosikal segmen adventure itu bakal memberi saingan kepada Yamaha Tenere 700, KTM 890 Adventure dan beberapa model lain dalam segmennya. Terbaru, kami diberitahu oleh pihak Boon Siew Honda sendiri bahawa Honda XL750 Transalp itu…