KEMAS KINI: Honda XL750 Transalp Sah Masuk Malaysia

Nama Transalp kembali semula dalam portfolio Honda bagi tahun 2023 dengan pelancaran Honda XL750 Transalp ketika di EICMA 2022, tahun lalu.

Motosikal segmen adventure itu bakal memberi saingan kepada Yamaha Tenere 700, KTM 890 Adventure dan beberapa model lain dalam segmennya.

Terbaru, kami diberitahu oleh pihak Boon Siew Honda sendiri bahawa Honda XL750 Transalp itu akan memasuki pasaran Malaysia. 

Namun begitu, sumber dari pihak BSH itu belum boleh memberitahu tarikh rasmi kemasukan model ADV tersebut. 

Bagaimanapun, info terbaru itu sudah cukup untuk membawa perkembangan positif terhadap segmen ADV di Malaysia. 

Honda XL750 Transalp ini dikuasakan enjin parallel-twin 750cc serba baharu yang dibangunkan Honda dan menawarkan 90hp dan 75Nm. 

Angka kuasa itu secara tidak langsung meletakkan Transalp di antara Tenere 700 (74hp) dan 890 Adventure (105hp). 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, XL750 Transalp mengguna pakai konfigurasi ‘270-degree crank’ sekaligus menawarkan aliran kuasa yang mantap pada rev rendah dan bunyi deruman yang baik pada rev tinggi. 

Sistem ride-by-wire telah dikemas kini bagi model ADV ini bagi memastikan prestasi yang lebih baik sewaktu tunggangan jarak jauh (touring). 

Kuasa disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac ‘slipper’ dengan cakera F.C.C Leaning Segment.

Honda mendakwa rekaan baharu bagi klac membantu menurunkan ‘drag torque’ sehingga 30 peratus sekaligus memastikan klac boleh ditarik dengan mudah di samping pertukaran gear lebih lancar.

Antara ciri elektronik lain ditawarkan termasuk:

  • Engine Power – empat tahap
  • ABS – dua tahap
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC) – lima tahap
  • wheelie control

HSTC dan ABS juga boleh dinyahaktifkan sekaligus memastikan XL750 Transalp ini sesuai untuk tunggangan lasak (off-road). 

Lebih menarik, meskipun memegang enjin yang lebih besar, namun kerangka pada Transalp ini 10 peratus lebih ringan berbanding Honda CB500X. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]