BMW Motorrad Malaysia Dedah Motosikal Elektrik CE 04, Lancar Mac Ini – Harga Sekitar RM60k

BMW Motorrad Malaysia telah pun mendedahkan skuter elektrik, BMW CE 04 di Malaysia. 

Meskipun begitu, pelancaran rasmi hanya akan dilakukan pada bulan Mac dengan harga dijangka berada sekitar RM60 ribu. 

Untuk rekod, BMW CE 04 membuat penampilan sulung di Eropah pada July 2021 sebelum mula dibawa ke pasaran dunia lain. 

Untuk rekod, BMW CE 04 dikuasakan motor elektrik dengan penyejukan cecair yang berupaya menjana 42hp pada 4,900rpm dan 62Nm. Angka kuasa itu sekaligus menjadikan CE 04 mirip skuter berenjin petrol. 

Menurut BMW Motorrad Malaysia, CE 04 ini mampu merekodkan kelajuan maksima 120km/j dan boleh melakukan 0-50km/j dalam tempoh 2.6 saat. 

BMW CE 04 ini dikuasakan bateri litium-ion berkuasa 8.9 kWh lantas menawarkan jarak tunggangan sehingga 130km.

Sistem pengecas hadir menerusi peranti pengecas bersepadu yang boleh memanfaatkan soket domestik (rumah) atau stesen pengecas umum.

BMW CE 04 ini hanya memerlukan satu jam 40 minit jika menggunakan pengecasan pantas dan 4 jam 20 minit jika menggunakan cas AC.

Ciri lain terdapat pada BMW CE 04 ini termasuk:

  • panel meter TFT 10.25-inci
  • slot USB
  • ruang simpanan dengan pengecas USB
  • soket 12
  • ruang simpan helmet
  • sistem ‘keyless’
  • fungsi mengundur (reverse)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply