Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan masa depan baharu mobiliti, Mercedes S 560e yang dilengkapi sistem Plug-In Hybrid dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Bandar Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, hari ini. S 560e merupakan model S-Class yang julung kalinya didatangkan dengan enjin hibrid sekaligus menandakan permulaan baharu bagi kereta premium mewah bagi keluarga S-Class. Sistem pemanduan…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Johan Zarco mengharapkan tugas Dani Pedrosa sebagai penguji jentera KTM dapat membantu dirinya untuk menyesuaikan diri dengan jentera RC16. Zarco sekadar mengutip 10 mata setakat ini berbanding 38 mata yang dilakar rakan sepasukan, Pol Espargaro apabila bergelut untuk mendapat keserasian dengan jentera agresif KTM. “Saya datang daripada Yamaha, jadi saya sudah biasa dengan corak tunggangan…
Sejak Ducati melancarkan Panigale V4, ramai yang menjangkakan pengeluar motosikal Itali itu akan memperkenalkan Streetfighter V4. Jangkaan tersebut akhirnya direalisasikan apabila jentera tersebut dilihat melalui beberapa sesi ujian sekitar Eropah beberapa kali. Bagaimanapun, persoalan akhirnya terjawab apabila Ducati hari ini berkongsi beberapa gambar prototaip jentera terbabit. Rekaan tirus di bahagian depan dan tangki yang tajam…
Sempena dengan Malaysia Tech Week 2019, anda berpeluang memenangi sebuah Proton Iriz 2019 edisi Razer jika anda menggunakan aplikasi Razer Pay untuk membuat sebarang pembelian. Iriz Razer Edition ini didatangkan dengan warna ikonik hijau neon Razer yang kebiasaannya dikaitkan dengan produk ‘gaming’ Razer lain. Hadiah utama ini pastinya bakal menarik perhatian orang ramai untuk sertai…
Pusat pameran automotif terbesar di Malaysia, Naza Automall akan mengadakan Rumah Terbuka Naza Gaya Raya sempena sambutan Hari Raya hujung minggu ini. Rumah terbuka tersebut turut berlangsung serentak dengan promosi penghabisan stok pertengahan tahun oleh Naza Motor Trading dengan lebih 40 kenderaan import terpakai ‘high grade’ akan ditawarkan dengan harga rendah. Dari 15 hingga 16…
Ketika Stefan Pierer mengambil alih KTM pada 1991, pengeluar motosikal berpangkalan di Austria itu berdepan masa depan yang suram apabila ketinggalan dibelakang berbanding jenama Jepun. Pierer kemudiannya mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan KTM dan hasilnya, 28 tahun kemudian, jumlah penghasilan motosikal KTM dalam masa sehari menyamai jumlah penghasilan dalam masa setahun ketika Pierer mula-mula…
Pelakon, pelawak dan pengacara popular tanah air, Afdlin Shauki memuat naik berita sedih di laman sosial Instagram miliknya apabila memaklumkan bahawa adiknya, Jefri Adzman telah meninggal dunia. “Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara. “Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang…
Menurut kajian yang dilaksanakan Kantar Millward Brown yang dikenali sebagai Brandz Top 100 Most Valuable Global Brands 2019, pengeluar kereta Jepun, Toyota muncul sebagai jenama automotif paling bernilai tahun ini sekaligus mengekalkan kedudukan tersebut untuk tujuh tahun berturut-turut. Tempat kedua menjadi milik pengeluar kereta Jerman, Mercedes sementara BMW ketiga. Terdapat pelbagai cara untuk mengukur kedudukan…
BMW Group Malaysia dengan kerjasama dengan ParkEasy, Shell Malaysia dan Sunway Group memperkenalkan Reserve + Shell Recharge Bays sekaligus membuktikan komitmen BMW untuk menerajui industri automotif di Malaysia dengan Electro-Mobility (e-mobiliti). Pelancaran pusat pengecas Reserve + Shell Recharge Bays adalah sebahagian daripada usaha BMW untuk terus menerajui e-mobiliti di Malaysia. Penyediaan kemudahan ini penting bagi…