BMW Bersama ParkEasy, Shell Dan Sunway Lancar Reserve+Shell Recharge Bays

BMW Group Malaysia dengan kerjasama dengan ParkEasy, Shell Malaysia dan Sunway Group memperkenalkan Reserve + Shell Recharge Bays sekaligus membuktikan komitmen BMW untuk menerajui industri automotif di Malaysia dengan Electro-Mobility (e-mobiliti).

Pelancaran pusat pengecas Reserve + Shell Recharge Bays adalah sebahagian daripada usaha BMW untuk terus menerajui e-mobiliti di Malaysia.

Penyediaan kemudahan ini penting bagi memacu kehendak pengguna rakyat Malaysia terhadap kenderaan elektrik. 10 tapak letak kereta dengan stesen pengecas telah disediakan di pusat membeli-belah milik Sunway – lima di Sunway Pyramid, tiga di Sunway Pinnacle dan dua di Sunway Velocity.

Jalinan kerjasama dengan ParkEasy dan Shell Malaysia juga menyaksikan Reserve + Shell Recharge Bays akan disediakan dibeberapa pusat membeli-belah lain.

ParkEasy merupakan aplikasi yang membenarkan kenderaan elektrik (EV) atau pengguna PHEV untuk membuat tempahan parking satu jam lebih awal di Reserve + Shell Recharge Bays – yang menggunakan fasiliti pengecas BMW i – sekaligus anda tidak perlu bimbang jika ketiadaan tempat untuk mengecas kenderaan anda!

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl menyifatkan kerjasama ini selari dengan arus permintaan semasa rakyat Malaysia terhadap kenderaan EV.

“Malaysia merupakan antara negara yang paling progresif dalam menerajui Visionary Mobility bagi BMW Group. Ini menandakan bahawa Malaysia juga memburu tenaga baharu demi masa depan yang lebih baik. Bagi menyokong kehendak ini, BMW Group Malaysia akan terus bergerak seiring dalam menyediakan kemudahan stesen pengecas bagi EV di seluruh negara,”jelasnya.

Hoelzl turut menjelaskan bahawa BWM Group Malaysia akan menambah stesen pengecas BMW i Charging dengan kerjasama ParkEasy dan Shell Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata jalinan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Shell untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan.

“Fokus kami adalah untuk menawarkan penyelesaian terbaik bagi memudahkan pelanggan kami. Kerjasama dengan ParkEasy bersama-sama BMW Group Malaysia dan Sunway Group membuka peluang kepada kami untuk terus menawarkan servis terbaik,”jelasnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.