MotoGP: Musim 2020 Mungkin Berlangsung Julai Tapi Hanya Di Eropah

  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta sedang meneliti perancangan menyelamatkan MotoGP musim 2020 bermula dari Julai hingga November. Ezpeleta mendedahkan bahawa perancangan itu bakal melibatkan perlumbaan di Eropah sahaja. Aksi MotoGP terkandas susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekaligus memaksa Dorna menggaru kepala dalam usaha membuka tirai aksi musim ini. Sementara itu, penganjur…

1 Hingga 3 Mei Bukan Tarikh Dibenarkan Pergerakan Antara Negeri – Ismail Sabri

Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan bahawa terdapat kekeliruan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan 1 hingga 3 Mei sebagai kebenaran pergerakan. “Sebenarnya, apa yang saya sebutkan sehingga 1 Mei merujuk kepada tempoh pendaftaran menerusi aplikasi Gerak Malaysia. “Siapa yang tiada aplikasi tersebut bleh mendaftar di balai polis terdekat,” jelasnya ketika sesi sidang…

Triumph Bagi Pinjam Tiger 800 Kepada Mangsa Kecurian Motosikal

Seorang petugas barisan hadapan di United Kingdom telah menjadi mangsa kes kecurian apabila motosikal jenis Triumph Sprint 995i dilarikan. Ian Evans yang bertugas selaku saintis di National Health Service (NHS) memuat naik info kecurian motosikalnya di laman Twitter. Menyedari perkara itu, Triumph Motorcycle UK menghubungi Ian dan membuat keputusan untuk meminjamkan sebuah Triumph Tiger 800…

Valentino Rossi Belum Merancang Untuk Bersara

Valentino Rossi mengesahkan akan terus berlumba sehingga musim 2021 sekiranya perlumbaan tahun ini tidak diteruskan. Pelumba berusia 41 tahun itu bakal digantikan Fabio Quartararo di Yamaha Factory memasuki 2021 namun berpeluang untuk terus beraksi bersama Petronas Sepang Racing Team (SRT) menggunakan jentera Factory Specs sebelum menamatkan karier. Pada awalnya, Rossi merancang untuk menggunakan beberapa pusingan…

Sanggup Redah Banjir Demi Tak Kecewakan Pesanan Pelanggan

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu, orang ramai memilih untuk membuat pesanan makanan atas talian. Tidak hairanlah, penghantar makanan dianggap sebagai petugas barisan hadapan di saat orang ramai duduk di rumah dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Zaff Wong memuat naik video memaparkan dugaan yang ditempuh seorang…

Iannone Akui Menyesal Tinggalkan Ducati Pada 2016

Pelumba MotoGP Aprilia Racing Team, Andrea Iannone, yang kini digantung 18 bulan susulan gagal ujian doping mengakui menyesal meninggalkan Ducati pada 2016. Pengakuan itu dibuat ketika sesi soal jawab bersama Max Biaggi di laman sosial Instagram. “Jika ada satu perkara yang saya dapat ubah, saya tidak sepatutnya meninggalkan Ducati. “Musim 2015 dan 2016 cukup baik…

Pergerakan Antara Negeri Dibenarkan Dari 1 Hingga 3 Mei

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan pergerakan antara negeri dilaksanakan pada 1 hingga 3 Mei ini. Kebenaran tersebut hanya dibenarkan bagi orang awam yang terkandas di kampung dan hendak pulang ke rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, hanya yang layak boleh membuat permohonan untuk pergerakan…

Honda-SOCAR Sediakan 50 Unit Honda City Untuk Petugas Barisan Hadapan

  Bagi memudahkan pergerakan petugas barisan hadapan, Honda Malaysia dengan kerjasama SOCAR menyediakan 50 unit Honda City. Program ini adalah khas untuk pelanggan Honda yang turut berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan yang tidak dapat menggunakan kenderaan mereka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menerusi inisiatif ini, petugas barisan hadapan (pelanggan Honda) dapat menggunakan khidmat ini selama…

Brixton Bakal Memperkenalkan Jentera 1200cc

Brixton Motorcycles akan melancarkan jentera 1200cc untuk pasaran dunia. Meskipun dihasilkan di China namun rekaan dan pembangunan model baru itu dijalankan di Krups, Austria oleh KSR Group pemilik syarikat Brixton. Difahamkan, motosikal terbabit akan dijenamakan sebagai KSR Moto untuk pasaran Eropah. Brixton mendedahkan jentera 1200cc buat julung kalinya di EICMA tahun dan kini hampir pasti…