Honda-SOCAR Sediakan 50 Unit Honda City Untuk Petugas Barisan Hadapan

Advertisements

 

Bagi memudahkan pergerakan petugas barisan hadapan, Honda Malaysia dengan kerjasama SOCAR menyediakan 50 unit Honda City.

Program ini adalah khas untuk pelanggan Honda yang turut berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan yang tidak dapat menggunakan kenderaan mereka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi inisiatif ini, petugas barisan hadapan (pelanggan Honda) dapat menggunakan khidmat ini selama sebulan – dengan Honda Malaysia menanggung kos sewaan – sekaligus meringankan beban perjalanan harian ulang-alik ke tempat kerja.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyifatkan ini adalah usaha Honda dalam sama-sama membantu dalam membendung Covid-19.

“Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menentang Covid-19. Beberapa minggu ini bukan mudah untuk rakyat Malaysia terutamanya petugas barisan hadapan yang berpenat lelah memastikan keselamatan rakyat Malaysia.

“Mewakili Honda Malaysa, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan, peperangan menentang Covid-19 mungkin lebih sukar tanpa mereka,” jelasnya.

Pelanggan Honda yang berkhidmat selaku petugas barisan hadapan boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut mengenai program ini.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.