Popular Di China, Honda CBF190R Bakal Dipasarkan Di India

Selepas Honda CBF190R mencatatkan populariti di China, jentera itu dilaporkan akan dipasarkan di India. Perkara itu disahkan apabila pengeluar motosikal Jepun itu memfailkan paten CBF190R di India. Honda CBF190R sebelum ini hanya eksklusif untuk pasaran China termasuk CBF190X dan beberapa model 190 lain. Honda CBF190R merupakan motosikal jenis naked yang menawarkan enjin 184cc satu silinder…

Brembo Derma RM4.7 Juta Ke Tabung Covid-19 Itali

Bagi meringankan beban Itali dalam menangani pandemik Covid-19, Brembo telah menyalurkan bantuan sebanyak EUR1 juta (RM4.7 juta). Dana itu dibahagiakan kepada tiga pusat perubatan, Fondazione per la Ricerca Ospedale di Bergamo, Hospital Papa Giovanni XXIII dan Institut Mario Negri. Ibu pejabat Brembo terletak di Bandar Bergamo, utara Itali dan merupakan antara daerah yang terkesan teruk…

Tujuh Unit Tesla Model 3 Jadi Kereta Peronda Thailand

Agensi Polis Thailand menerima keluarga baharu dikalangan kereta peronda apabila menerima tujuh unit Tesla Model 3. Difahamkan, tujuh unit Model 3 itu dipinjamkan untuk lima tahun dan menelan belanja lebih USD2.7 juta (RM11 juta) atau USD385,714 seunit. Ketujuh-tujuh unit tersebut telah pun selamat tiba di ibu pejabat polis Thailand di Dusit, Bangkok dan dilengkapi kelengkapan…

Norton Motorcycles Tidak Akan Dikilangkan Di India

Minggu lalu, pengeluar motosikal India, TVS Motor Company telah berjaya memperoleh Norton Motorcycles dengan pembelian RM87.4 juta (GBP16 juta). Bagaimanapun, TVS Motor Company tidak bercadang untuk memindahkan kilang pengeluaran motosikal Norton ke India sebaliknya akan kekal dihasilkan di United Kingdom. Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Urusan TVS Motor Company, Sudarshan Venu yang turut mengesahkan bahawa…

Alex Rins Setia Bersama Suzuki Hingga 2022

Alex Rins akan terus kekal bersama Suzuki Ecstar untuk dua musim lagi setelah menandatangani kontrak sehingga 2022. Meskipun MotoGP musim 2020 masih terumbang-ambing susulan pandemik Covid-19 namun itu tidak menyekat Rins untuk terus setia bersama pasukannya sejak 2017. Meskipun musim pertamanya dipalit kecederaan namun dia mula bangkit dan pamer keputusan cemerlang. Tahun lalu, Rins berjaya…

Super Soco Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Jenama motosikal elektrik China, Super Soco, dikhabarkan bakal melebarkan sayap ke Malaysia. Perkara itu didedahkan menerusi akaun Instagram @supersoco_malaysia yang baru sahaja diwujudkan empat hari lalu. Berdasarkan akaun tersebut – sekiranya benar – jenama motosikal elektrik dari China itu akan memasuki pasaran negara dalam masa terdekat! Soco merupakan sebuah syarikat yang baru diwujudkan pada 2015…

CEO Baharu SIC Terbuka Dengan Cadangan Kembalikan Formula 1

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif terbuka dengan cadangan menganjurkan semula Formula 1 (F1). Bagaimanapun, dia mengakui pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum idea itu mampu dilaksana. “Menganjurkan semula F1 bukan keutamaan saya ketiaka ini tetapi jika peluang itu hadir dengan tawaran yang baik saya akan memberi sokongan kerana…

Empat Pusat Servis Modenas Kembali Beroperasi Mengikut Temu Janji

Pengeluar motosikal nasional, MODENAS mengumumkan operasi selepas jualan kembali beroperasi seperti biasa bagi cawangan yang terpilih. Keputusan itu selaras dengan penyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan industri tertentu untuk kembali beroperasi. Bagaimanapun, operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dalam membendung penularan…