CFMoto merupakan antara pengeluar motosikao dari China yang giat membangunkan pelbagai model dalam tempoh setahun dua ini. Pelancaran 450SR, 450NK termasuk 700CL-X, 800NK dan 800MT bingkas meletakkan jenama itu setaraf dari segi kualiti dan prestasi dengan jenama terkemuka yang telah bertapak lama. CFMoto juga bakal memperkembangkan lagi tawaran sedia ada kali ini menerusi jentera ‘superbike’…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Joan Mir dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan Ducati bagi musim 2024. Menurut Motosprint, Mir mahu meninggalkan Honda selepas hanya menamatkan satu pusingan perlumbaan musim ini (ketika aksi pembukaan di Portimao) di samping terpalit kecederaan yang berlanjutan. Apa pun, Mir dilaporkan komited untuk tinggalkan Honda dan berhijrah ke Ducati bersama Gresini Racing menggantikan Fabio Di Giannantonio…
Meskipun segmen 600cc semakin sendu ekoran peraturan ketat pelepasan emisi global, senario itu tidak mematahkan perancangan pengeluar China, QJMotor apabila memperkenalkan SRK600RR. Ketika Yamaha telah pun menghentikan pengeluaran YZF-R6 (kecuali untuk litar lumba) dengan Honda juga hanya menjual CBR600RR di pasaran terpilih sahaja, QJMotor mengorak langkah berani dengan SRK600RR. Dikuasakan enjin 4-inline 600cc DOHC 16-valve…
Baru-baru ini tular beberapa insiden yang berlaku di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam dua acara berbeza. Pada Jumaat, sebuah kereta jenis Honda Civic telah kemalangan sewaktu acara ‘track day’ dan menyebabkan kerosakkan kepada penghadang dan juga kamera CCTV. Kami difahamkan, kerosakan tersebut bukanlah mencecah RM400,000 seperti yang didakwa namun jumlah kerosakan dijangka masih lagi besar…
Ducati menutup enam bulan pertama 2023 dengan cemerlang apabila merekodkan jualan tertinggi bagi separuh pertama tahunan. Pengeluar motosikal Itali itu berjaya menyerahkan 34,976 motosikal kepada pelanggan di serata dunia sekaligus mencatatkan peningkatan 5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. “Ini adalah separuh pertama terbaik pernah dilakukan Ducati dari aspek penyerahan. Sebanyak 34,976 motosikal telah diserahkan…
Proton akan menamatkan pengeluaran satu model sedia ada pada penghujung tahun ini. Perkara itu disampaikan Pengarah Kanan Pemperolehan Teknikal Kumpulan, Ainol Abu Bakar ketika forum Global Investors & Vendors Convention 2023. Memetik laporan Paultan.org, Ainol berkata pihak pembekal telah pun dimaklumkan mengenai perkara itu. “Model kenderaan yang ada ketika ini, enam dengan empat model asal…
Kawasaki kembali mencapai populariti di pasaran global sejak membuat langkah berani dengan memperkenalkan jentera 4-inline 250cc, Ninja ZX-25R. Pengeluar motosikal Jepun itu tidak berhenti disitu apabila turut mengembangkan barisan model ‘4-dapur’ apabila melancarkan Ninja ZX-4R secara rasminya pada awal tahun ini. Selang beberapa bulan kemudian, Kawasaki Ninja ZX-4R itu turut diperkenalkan di pasaran Thailand dengan…
Sperti yang dijangka, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Ninja 650 dan Z650 untuk pasaran tempatan. Bagi pasaran tempatan, Modenas Ninja 650 ini datang dengan dua pilihan warna, Metallic Matte Graphenestell Gray (RM35,200) dan Lime Green/Ebony (RM35,900). Sementara Modenas Z650 pula ditawarkan pada harga RM34,500 bagi warna Metallic Spark Black dan RM35,200…
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Versys 650 untuk pasaran tempatan. Hadir dengan harga RM38,400 bagi pilihan warna Metallic Spark Black dan RM39,100 bagi Candy Limegreen/Metallic Spark Black, motosikal ‘sport tourer’ ini kembali mewarnai pasaran motosikal tempatan. Model yang diperkenalkan di Malaysia ini merupakan model keluaran 2023…