Dovizioso Dilantik Duta Italjet, Bantu Pembangunan Dragster

Italjet telah melantik Andrea Dovizioso selaku duta baharu syarikat itu. Menurut pengeluar motosikal berpangkalan di Bologna, Itali itu, Dovizioso bukan sahaja akan membantu meluaskan jenama Italjet malah bakal menghulur bantuan teknikal dalam pembangunan skuter Dragster. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Italjet Spa, Massimo Tartarini mengesahkan perkara itu. “Ketika di peringkat rekaan, kami membayangkan Dragster sebagai…

Rupa Jelas Yamaha YZF-R7 Didedahkan!

Baru-baru ini, Yamaha Motor Europe telah memuat naik video ‘teaser’ kedua yang memfokuskan tentang sebuah model baharu bakal dilancarkan. Berbanding video ‘teaser’ pertama yang dikongsi sebelum ini, klip berdurasi 28 saat ini mendedahkan tarikh pelancaran rasmi R7, yang dijadualkan pada 18 Mei ini termasuk gambaran lampu depan jentera tersebut. Bagaimanapun, kurang 24 jam daripada video…

HLYM Panggil Semula Yamaha Tracer 900 GT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) panggil semula semua model Yamaha Tracer 900 GT untuk proses penggantian ‘front stop switch kit’. Menurut HLYM dalam satu pengumuman rasmi, program ganti ‘front stop switch kit’ itu membabitkan unit dengan nombor chasis berikut: PMYRN6110K0000101 hingga 0000620 PMYRN6110L0000621 hingga 0000900 HLYM akan menghantar notis kepada pemilik yang terkesan bermula hujung…

Benda LFC700 Bakal Dilancarkan Julai Ini – 4-Inline, 97HP!

Jenama motosikal China, Benda telah pun mendedahkan LFC700 baru-baru di Shanghai Motor Show. Dijadualkan untuk pelancaran pada Julai 2021, motosikal jenis cruiser ini akan dikuasakan dengan enjin 4-inline 680cc yang berupaya menghasilkan 97hp pada 12,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan. Selain menampilkan rekaan yang asli (tanpa perlu meniru model motosikal lain), Benda LFC700 ini turut…

CEV: Adam Terus Cemerlang Di Moto2, Naik Podium Di Tempat Ketiga

Pelumba Moto2 negara di Kejuaraan Motosikal Eropah CEV, Adam Norrodin, terus mengorak langkah cemerlang apabila menamatkan aksi di tempat ketiga di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol, pada Ahad. Ini merupakan podium kedua berturut-turut bagi pelumba pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team itu selepas melakar kejayaan sama di Litar Estoril pada 25 April lalu….

Honda CB150R Streetfire 2021 Dilancarkan Di Indonesia – 16HP, 13.7Nm!

Astra Honda Motor (AHM) telah melancarkan CB150R Streetfire 2021 bagi pasaran Indonesia. Bagi tahun 2021, CB150R Streetfire tampil dengan rekaan lebih agresif dan moden serta menampilkan rupa seakan motosikal berkuasa tinggi. Perubahan ketara adalah rekaan keseluruhan yang tampak lebih besar di samping dinaik taraf dengan ciri lebih menarik antaranya penggunaan fork depan 37mm (inverted) dari…

MotoGP: Spesifikasi Berbeza, Espargaro Persoal Tak Dapat Layanan Sama Rata

Pelumba Repsol Honda, Pol Espargaro, mula menyuarakan ketidak puasan hati terhadap HRC yang tidak memberikan layanan sama rata. Espargaro kecewa apabila mengetahui bahawa dia mendapat jentera RC213V dengan spesifikasi berbeza berbanding Marc Marrquez. Pelumba Sepanyol itu sertai Repsol Honda dari KTM pada hujung musim lalu dalam usaha mengejar kedudukan lebih baik dan hanya bersaing bersama…

Proton Teruskan Momentum Jualan Pada April – 15,017 Unit Berjaya Dijual

PROTON meneruskan momentum jualan 2021 dengan mencatat peningkatan bagi April dengan lebih 15,017 unit pelbagai model berjaya dijual. Kenaikan 0.18 peratus berbanding tahun lalu itu menandakan permulaan sihat bagi Suku Kedua tahun ini sekaligus mengukuhkan kedudukan PROTON di tempat kedua dengan 47,843 unit jualan setakat ini. PROTON Saga turut kembali ke kedudukan teratas sebagai model…

Honda Bakal Lancar Africa Twin Versi 190cc?

Honda dilaporkan bakal memperkenalkan motosikal segmen adventure bersesaran bawah 200cc untuk pasaran Asia. Menurut laporan, motosikal yang didakwa versi mini Africa Twin itu akan dibina berlandaskan Honda Fight Hawk yang dijual di pasaran China Oleh sebab itu, Honda Africa Twin mini tersebut dijangka akan dikuasakan enjin 184cc satu silinder yang sama terdapat pada Fight Hawk…