Rupa Jelas Yamaha YZF-R7 Didedahkan!

Baru-baru ini, Yamaha Motor Europe telah memuat naik video ‘teaser’ kedua yang memfokuskan tentang sebuah model baharu bakal dilancarkan.

Berbanding video ‘teaser’ pertama yang dikongsi sebelum ini, klip berdurasi 28 saat ini mendedahkan tarikh pelancaran rasmi R7, yang dijadualkan pada 18 Mei ini termasuk gambaran lampu depan jentera tersebut.

Bagaimanapun, kurang 24 jam daripada video ‘teaser’ kedua itu dimuat naik, beberapa imej jelas memaparkan jentera R7 itu telah didedahkan kepada umum.

Menariknya, berdasarkan imej ini, memberi pencerahan terdapat beberapa aspek megnenai model supersport baharu Yamaha ini.

Selain daripada dikuasakan enjin CP2 689cc yang sama terdapat pada MT-07, R7 ini tampil dengan elemen rekaan sama seperti yang terdapat pada R6 termasuk panel depan dan penggunaan fork jenis USD.

Namun, terdapat beberapa aspek yang terus dikongsi dari MT-07 antaranya bahagian kerangka dan swingarm termasuk lampu depan projektor LED.

Pada masa sama, ketika segmen supersport pertengahan menawarkan tempat duduk yang lebih menegak dengan handlebar yang sedikit tinggi seperti Aprilia RS660, Tuono 660, Honda CBR650R serta Kawasaki Ninja 650 namun R7 tampil lebih agresif dengan penggunaan handlebar jenis clip-on.

Info lebih lanjut mengenai R7 ini akan didedahkan pada 18 Mei ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.