Hafizh Syahrin Tiba Di Tanah Air, Bakal Menghadap TMJ Selepas Kuarantin?

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, telah pun selamat tiba di tanah air sempena cuti musim panas. Saingan MotoGP kini memasuki cuti pertengahan musim selama sebulan sebelum kembali bersambung pada 8 Ogos nanti di Austria. Hafizh telah pun tiba di Malaysia semalam dan bakal menjalani kuarantin wajib 14 hari. Sementara itu, rata-rata berpendapat kepulangan Hafizh sempena…

MotoGP: Yamaha Dan SRT Setuju Untuk Morbidelli Pindah Ke Pasukan Factory?

Monster Energy Yamaha telah pun disahkan kehilangan khidmat Maverick Vinales hujung musim ini dengan kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak lebih awal. Vinales yang masih berbaki kontrak sehingga hujung 2022 akan meninggalkan pasukan factory itu hujung musim ini dengan Aprilia dicanang sebagai destinasi seterusnya. Keputusan itu menyaksikan Yamaha mempunyai satu slot kosong selain dari Fabio Quartararo…

Hafizh Jual Basikal RM42,000 Demi Terus Berlumba

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, membuat keputusan untuk menjual basikal kesayangannya menerusi akaun sosial Instagram miliknya. Namun, kapsyen yang disertakan paling mencuri perhatian apabila Hafizh memaklumkan tindakan menjual basikal itu kerana mahu terus berlumba. Senario itu sekaligus mencetuskan tanda tanya sama ada situasi kewangan Hafizh sedang terkesan ketika ini atau sekadar mahu mengukuhkan bajet sedia…

MotoGP: Aramco Racing Team VR46 Turut Berminat Dengan Khidmat Vinales?

Monster Energy Yamaha telah pun mengumumkan Maverick Vinales bakal meninggalkan pasukan itu hujung musim ini. Vinales dan Yamaha telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak yang masih berbaki semusim hingga 2022 lebih awal. Keputusan itu sekaligus menyaksikan Vinales bakal beraksi dengan pasukan baharu bermula musim depan. Aprilia merupakan antara destinasi paling relevan buat Vinales yang masih…

Brixton Motorcycles Sah Bangunkan Enjin 1,200cc

Ketika di EICMA 2019, Brixton Motorcycles telah pun mendedahkan jentera konsep dengan enjin 1,200cc. Namun apa yang mencuri tumpuan ketika itu adalah reka bentuk motosikal tersebut yang mirip Triumph Bonneville T120. Ketika itu, pihak Brixton mendedahkan model 1,200cc itu bakal diangkat ke peringkat pengeluaran namun memasuki 2021, masih tiada sebarang perkembangan terbaru. Apatah lagi dengan…

RASMI: Maverick Vinales Dan Yamaha Berpisah, Aprilia Destinasi 2022?

Kurang 24 jam setelah membantu Monster Energy Yamaha melengkapkan kemenangan satu-dua di Assen, Maverick Vinales membuat keputusan untuk berpisah dengan pasukan itu hujung musim ini. Perkara itu diumumkan pihak Yamaha sendiri yang mendedahkan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menamatkan kontrak Vinales yang masih lagi berbaki setahun. Vinales telah merekodkan lapan kemenangan sejak menyertai Monster Energy…

KYMCO AK550 Dikemaskini Bagi 2021 – Enjin Euro 5, Ride-By-Wire!

Pengeluar skuter, KYMCO, telah melancarkan AK550 yang telah dinaik taraf dengan ciri baharu bagi 2021. Antara kemaskini terbaru dilaksanakan adalah menaik taraf enjin bagi mencapai standard emisi Euro 5. Menurut KYMCO, enjin 550cc silinder berkembar dengan penyejukan cecair ini kekal menawarkan 51hp pada 7,500rrpm dan 51.9Nm paa 5,750rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 160km/j….

MotoGP: Vinales Bakal Angkat Kaki Ke Aprilia Musim 2022?

Monster Energy Yamaha mendominasi GP Belanda minggu ini menerusi Fabio Quartararo dan Maverick Vinales yang melengkapkan kedudukan satu-dua di podium. Tempat ketiga jadi milik juara dunia musim lalu, Joan Mir dari Suzuki Ecstar. Bagaimanapun, gerak tubuh Vinales mencuri tumpuan apabila dia kelihatan tidak gembira meskipun menduduki tempat kedua. Senario tersebut disyaki berkait dengan ketidakpuasan hati…

MotoGP: Raul Fernandez Sertai Remy Gardner Di KTM Tech3 Musim 2022

Pelumba Moto2, Raul Fernandez akan beraksi di kelas premier musim depan bergandingan dengan Remy Gardner di KTM Tech3. Gardner terlebih dahulu mengesahkan slot ke MotoGP bersama KTM Tech3 awal bulan ini. Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan Fernandez akan sertai Gardner di MotoGP dengan kontrak dua tahun bermula musim depan. Fernandez sebelum ini dilaporkan berminat untuk kekal…