KYMCO AK550 Dikemaskini Bagi 2021 – Enjin Euro 5, Ride-By-Wire!

Pengeluar skuter, KYMCO, telah melancarkan AK550 yang telah dinaik taraf dengan ciri baharu bagi 2021.

Antara kemaskini terbaru dilaksanakan adalah menaik taraf enjin bagi mencapai standard emisi Euro 5.

Menurut KYMCO, enjin 550cc silinder berkembar dengan penyejukan cecair ini kekal menawarkan 51hp pada 7,500rrpm dan 51.9Nm paa 5,750rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 160km/j.

Sementara itu, naik taraf ke Euro 5 membenarkan AK550 merekodkan jarak 23km/seliter dengan emisi karbon dioksida berada pada 105g/km.

Menariknya, AK550 juga tampil dengan ciri baharu antaranya Electronic Throttle System (ETS) yang lebih dikenali sebagai Ride-by-Wire yang meningkatkan tahap efisien pengurusan kuasa enjin.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • penghadang angin boleh laras
  • lampu LED penuh
  • paparan digital LCD
  • dua mod tunggangan
  • Tire Pressure Monitoring System
  • keyless
  • sistem navigasi Noodoe

Pada masa sama, AK550 2021 ini didatangkan dengan tayar 15″ dengan rim aloi sementara sistem brek dikendalikan Bosch ABS 9.1 (dwi-saluran) dngan cakera brek 270mm dengan dan 260mm belakang yang dipadankan bersama kaliper brek Brembo.

Sistem ‘suspension’ pula merangkumi fork teleskopik 41mm dengan single-sided swingarm 48mm belakang.

KYMCO AK550 ETS ini sudah pun dipasarkan di pasaran Eropah sekitar EUR8,790 (RM43,500).