MotoGP: Raul Fernandez Sertai Remy Gardner Di KTM Tech3 Musim 2022

Advertisements

Pelumba Moto2, Raul Fernandez akan beraksi di kelas premier musim depan bergandingan dengan Remy Gardner di KTM Tech3.

Gardner terlebih dahulu mengesahkan slot ke MotoGP bersama KTM Tech3 awal bulan ini.

*Remy Gardner

Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan Fernandez akan sertai Gardner di MotoGP dengan kontrak dua tahun bermula musim depan.

Fernandez sebelum ini dilaporkan berminat untuk kekal di Moto2 semusim lagi sepertimana didedahkan bos KTM Motorsport, Pit Beirer.

*Raul Fernandez

Pengurus pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Johan Stigefelt juga menyuarakan minat terhadap khidmat Fernandez sebagai pengganti Valentino Rossi musim depan.

Fernandez terikat dengan kontrak dengan KTM sehingga 2022 dan perlu membayar penalti sekitar setengah juta Euro sekiranya mahu berpindah ke pasukan lain.

*Iker Lecuona

Keputusan Fernandez dan Gardner melangkah ke Tech3 2022 bermakna pelumba sedia ada, Danilo Petrucci dan Iker Lecuona tidak mempunyai pasukan musim depan.

Petrucci sebelum ini turut memaklumkan akan beralih ke Rali Dakar sekiranya tidak ada tempat baginya selepas ini. – motorsport.com

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.