‘Winglet’ Bakal Dibenarkan Bagi WorldSBK Musim 2018?

  Musim 2018 WorldSBK akan diperkemaskini dengan peraturan baru seperti membenarkan pasukan menggunakan ‘komponen aerodinamik’ pada motosikal perlumbaan mereka. Namun ianya datang dengan syarat, iaitu sebarang komponen aerodinamik mestilah disediakan dahulu untuk motosikal yang telah dihomologasikan. Dunia motosikal superbike pengeluaran pada tahun 2019 pasti akan menjadi lebih menarik sekiranya pasukan dalam siri WorldSBK mematuhi peraturan…

Helmet AGV Pista GP R Milik Rossi Diberikan Olahan Gaya Mexico bagi Ujian Musim Sejuk MotoGP 2018!

  Helmet AGV Pista GP R milik Valentino Rossi dengan kemasan grafik Mexico yang istimewa telah diperkenalkan bagi ujian musim sejuk di Litar Sepang yang bakal tiba. Diinspirasikan oleh seni manik suku kaum Huichol, Rossi telah membawa inspirasinya itu kepada Drudi Performance bagi membolehkan mereka menghasilkan rekaan yang unik itu. Hasilnya adalah sebuah seni buatan…

Moto2: Suter Tarik Diri Dari Musim 2018

Pengeluar casis dari Switzerland, Suter, telah memutuskan untuk mengundurkan diri dari kejohanan dunia Moto2 2018. Daripada 24 buah pasukan yang ada di atas grid, hanya satu sahaja yang akan menggunakan casis mereka untuk musim yang akan datang iaitu Dynavolt Intact Team. Suter akan berehat dari pertandingan bagi menumpukan perhatian pada pembinaan casis generasi yang berikutnya…

Moto3: Jorge Martin Merangkul Kemenangan Pertamanya Di Perlumbaan Terakhir Moto3 Bagi Musim 2017

  Jorge Martin (Del Consa Gresini Moto3) telah berjaya merangkul kemenangan Moto3 buat kali pertama di perlumbaan terakhir bagi musim 2017. Joan Mir (Leopard Racing) telah mendapat tempat yang ke-dua walaupun dia hampir terbabas akibat ingin mengelak pertembungan dengan Gabriel Rodrigo (RBA BOE Racing Team) di awal perlumbaan. Marcos Ramirez (Platinum Bay Real Estate) melengkapi…

Moto2 Miguel Oliveira Menggondoli Kemenangan Perlumbaan Ketiga Musim Ini Buat KTM

Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) telah membolot kemenangan perlumbaan ketiga buat KTM bagi musim 2017 ini dengan kemenangan terkini mereka di Valencia. Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) sekadar berpuas hati di tempat ke-dua selepas bergelut dengan cengkaman tayar pada penghujung perlumbaan. Teman sepasukan Oliveira, Brad Binder, beraksi dengan cemerlang sekali apabila dia menamatkan…

MotoGP: Marc Marquez Dinobatkan Sebagai Juara Dunia MotoGP 2017!

  Pusingan terakhir MotoGP 2017 di Valencia berakhir dengan pertabalan Marc Marquez sebagai Juara Dunia MotoGP 2017! Perlumbaan yang penuh dengan debaran itu menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) menggondol kemenangan diekori rapat oleh Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) yang mendapat tempat ke-dua. Andrea Dovizioso (Ducati Team) hilang kawalan jentera Ducati Desmosedici GP17-nya sewaktu perlumbaan…