MotoGP Phillip Island 2018: Maverick Viñales Akhiri Kemarau Terpanjang Yamaha!

Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) akhirnya telah menamatkan kemarau terpanjang Yamaha dengan satu kemenangan penuh bergaya di Phillip Island. Penunggang kelahiran Sepanyol itu mengemudi jentera Yamaha M1 yang telah ditala dengan sempurna itu bagi menangkis serangan penunggang seperti Andrea Iannone (Suzuki Ecstar) dan juga Andrea Dovizioso (Ducati Team). Alvaro mengejutkan semua apabila dia menamatkan perlumbaan…

Moto2 Phillip Island 2018: Brad Binder Raih Kemenangan Ketiganya Musim Ini Di Australia

Pusingan Moto2 2018 di Australia menyaksikan Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) berjaya merangkul kemenangannya yang ketiga pada musim ini. Joan Mir (EG 0,0 Marc VDS) dan Xavi Vierge (Dynavolt Intact GP) melintasi garisan penamat di tempat yang ke-dua dan ke-tiga. Persaingan untuk merebut takhta kejohanan Moto2 akan diteruskan di Sepang di antara Francesco Bagnaia…

Moto3 Phillip Island 2018: Albert Arenas Memenangi Perlumbaan Yang Mengujakan Di Phillip Island

Albert Arenas (Angel Nieto Team Moto3) berjaya merangkul kemenangan yang cukup memberangsangkan dalam kelas Moto3 di Phillip Island. Fabio di Giannantonio (Del Conca Gresini Moto3) dan Celestino Vietti (Sky Racing Team VR46) melengkapkan kedudukan atas podium. Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) menjarakkan lagi jurang mata kejohanan setelah Marco Bezzecchi (Redox PruestelGP) sekali lagi gagal…

MotoGP 2018: Bagaimanakah Prestasi Hafizh Syahrin Setakat Ini?

Dengan berbakikan tiga lagi pusingan MotoGP dalam musim 2018 ini, kita menyingkap kembali prestasi penunggang kebanggaan negara, Hafizh Syahrin. Hafizh menamatkan perlumbaan di Motegi, Jepun, dalam kedudukan 10 teratas dan kini sedang sengit dalam pertarungan untuk memenangi takhta “Rookie of the Year”. Dia hanya ketinggalan sebanyak 4 mata di belakang penunggang rookie Itali dan juga…

MotoGP 2018: Alvaro Bautista Akan Menggantikan Jorge Lorenzo Di Phillip Island

Pusingan MotoGP yang seterusnya di Phillip Island akan menyaksikan Alvaro Bautista menggantikan tempat Jorge Lorenzo yang telah tercedera. Dengan Lorenzo kini sedang dalam proses pemulihan, Bautista telah dipanggil bagi mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP18 di Australia pada hujung minggu ini. Ini akan menjadi perlumbaan terakhir Bautista dalam MotoGP sebelum menyertai pasukan pengilang Ducati dalam siri…

Marc Marquez Juara Dunia MotoGP 2018!

Penunggang Repsol Honda, Marc Marquez telah ditabalkan sebagai juara dunia MotoGP 2018 di Motegi, Jepun. Penunggang berusia 25 tahun dari Sepanyol itu telah berjaya memenangi takhta dunia buat kali ke-tujuhnya setelah Andrea Dovizioso terkeluar dari persaingan berbakikan dua pusingan. Ianya satu pertarungan yang cukup mengujakan di mana Marquez berjaya menggondoli kejuaraan di halaman Honda di…