Saksikan Kemunculan Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 SECARA LANGSUNG Di Kuala Lumpur!

  • Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 akan membuat kemunculan istimewa di Bangsar Village II pada 31 Oktober pada jam 12 tengah hari.
  • Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 akan membuat kemunculan bersama dengan BMW M5, BMW 530i M Sport, BMW S 1000 RR, serta Motosikal Keselamatan BMW S 1000 RR.
  • Turut diadakan adalah satu sesi bertemu peminat dengan Juara Dunia tiga kali, Loris Capirossi.

Bersiap sedialah tuan-tuan dan puan-puan, perarakan MotoGP akan tiba di Malaysia dan ianya menjanjikan satu keraian yang teramatlah epik! Bagi memulakan kemeriahan dengan penuh bergaya, Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 beserta beberapa buah kenderaan hebat lain dalam siri perlumbaan Motorcycle Grand Prix akan mengadakan konvoi di sekitar Kuala Lumpur dan membuat hentian di Bangsar Village II pada 31 Oktober 2018 bermula dari jam 12 tengah hari.

Barisan kereta dan motosikal BMW akan berarak mengeliling pusat bandar di mana konvoi ini akan disertai oleh model-model menakjubkan seperti BMW M5, BMW 530i M Sport, BMW S 1000 RR, dan sudah pasti sekali Motosikal Keselamatan BMW S 1000 RR, yang mana ke semua digunakan dalam penganjuran dan sebagai sokongan bagi siri perlumbaan Kejohanan Dunia MotoGP.

Hentiannya di Bangsar Village II adalah satu acara yang tidak boleh anda lepaskan kerana di sana akan diadakan satu sesi bertemu peminat bersama pakar BMW M MotoGP dan juga juara dunia tiga kali, Loris Capirossi! Bagi menjadikan acara ini lebih istimewa, para peminat juga boleh menyertai cabaran “BMW S 1000 RR Safety Bike” di mana mereka berpeluang untuk memenangi tiket Grandstand Utama bagi pusingan MotoGP Malaysia yang akan berlangsung di Sepang dari 2 hingga 4 November 2018.

Maklumat mengenai hentian berkenaan adalah seperti di bawah:

Tarikh: 31 Oktober 2018, Rabu
Masa: 12:00 tengah hari
Tempat: Bangsar Village II
2, Jalan Telawi 1,
Bangsar Baru 59100,
Kuala Lumpur.

Bagi mendapatkan maklumat selanjutnya, anda boleh melayari laman Facebook rasmi BMW Malaysia. Anda juga berpeluang memenangi tiket di sana. Bersiap sedialah bagi mengalami kemeriahan minggu MotoGP di Malaysia!

Video Teaser BMW S 1000 RR 2019 Ditayangkan; Motosikal Dilihat Sedang Diuji

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.