Video Teaser BMW S 1000 RR 2019 Ditayangkan; Motosikal Dilihat Sedang Diuji

  • Motosikal superbike BMW S 1000 RR 2019 telah dilihat sedang menjalani ujian jalan raya.
  • BMW Motorrad telah mengeluarkan satu video teaser beberapa hari selepas motosikal itu dilihat sedang diuji.
  • Motosikal baharu itu akan diperkenalkan di acara pertunjukan motosikal EICMA pada bulan November nanti.

BMW telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan sembilan buah model baharu bagi tahun 2019 dan motosikal superbike BMW S 1000 RR 2019 adalah salah satu daripadanya.

Seperti biasa, telah timbul pelbagai spekulasi, beserta dengan pemohonan paten yang telah dibocorkan, dan kini, sebuah wakil pengedar BMW Motorrad Sepanyol telah membocorkan gambar sebuah prototaip yang sedang menjalani ujian jalan raya.

Merujuk kepada gambar tersebut, reka bentuknya tidak syak lagi telah ada perubahan, namun, pada masa yang sama, ia masih mengekalkan perincian tersendiri model S 1000 RR.

Lohong udara tengah, panel reraup ‘split’, pelana dan bahagian bawah fork mirip seperti model yang lama, dan yang baharu pada motosikal ini adalah lampu hadapan simetri, serta lampu isyarat hadapan yang diterapkan pada cermin pandang belakang.

Enjin baharunya dilaporkan mampu menghasilkan 210hp tetapi perubahan terbesarnya ialah aci engkol putar berlawanan. Ini mengandaikan kemungkinan adanya pemasaan injap boleh ubah.

 

View this post on Instagram

 

Heads up… Adrenaline incoming. #MakeLifeARide #bmwmotorrad #EICMA

A post shared by BMW Motorrad (@bmwmotorrad) on

Terdapat juga desas desus mengatakan yang motosikal superbike BMW S 1000 RR 2019 ini akan tampil dengan pelbagai pilihan dan kemasan yang berlainan untuk memenuhi keperluan yang berlainan. Pada pandangan kami, ianya satu keputusan yang bijak, memandangkan bukan ke semua penunggang adalahpenunggang litar dan mungkin tidak dapat menggunakan setiap satu fungsi yang disediakan motosikal tersebut. Ia juga membayangkan satu tindakan penjimatan pengeluar berkenaan.

Dan sekiranya gambar yang ditiriskan itu menimbulkan sensasi, BMW menghangatkan lagi suasana dengan mengeluarkan satu video usikan, “berjanji” untuk memperkenalkan motosikal baharu tersebut di pertunjukan motosikal EICMA di Milan, Itali pada bulan November nanti.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply