Moto3 Phillip Island 2018: Albert Arenas Memenangi Perlumbaan Yang Mengujakan Di Phillip Island

  • Albert Arenas (Angel Nieto Team Moto3) berjaya merangkul kemenangan yang cukup memberangsangkan dalam kelas Moto3 di Phillip Island.
  • Fabio di Giannantonio (Del Conca Gresini Moto3) dan Celestino Vietti (Sky Racing Team VR46) melengkapkan kedudukan atas podium.
  • Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) menjarakkan lagi jurang mata kejohanan setelah Marco Bezzecchi (Redox PruestelGP) sekali lagi gagal menamatkan perlumbaan.

Sewaktu para penunggang Moto3 keluar dari selekoh paling akhir di pusingan paling akhir bagi perlumbaan Michelin Australian Motorcycle Grand Prix, lebih daripada 12 orang penunggang telah bersaing sesama mereka di ‘front straight’ bagi mendapatkan tempat teratas dalam satu perlumbaan yang penuh dengan aksi dan drama.

Perlumbaan di Phillip Island tidak pernah mengecewakan, di mana sekali lagi ia menjadi sebuah pentas yang amat mengujakan, menyaksikan sebuah perlumbaan Moto3 yang telah dimenangi oleh Albert Arenas (Angel Nieto Team Moto3), diikuti oleh Fabio di Giannantonio (Del Conca Gresini Moto3) di tempat kedua, dan satu persembahan yang mengagumkan beserta penamat di atas podium kali pertama buat Celestino Vietti (SKY Racing Team VR46) di tempat yang ketiga.

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, ianya salah sebuah perlumbaan Moto3 yang paling gila-gila pernah kami saksikan, di mana dua pesaing utama dalam kejohanan ini cuba untuk menjarakkan kutipan mata antara Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) dan Marco Bezzecchi (Redox PruestelGP).

Martin berjaya menambah kutipan mata yang berharga apabila dia melintasi garisan penamat di tempat ke-lima, manakala Bezzechi pula sekali lagi berdepan nasib yang malang apabila dia telah terlibat dalam satu kemalangan pada pusingan terakhir sewaktu Gabriel Rodrigo (RBA BOE Skull Rider) hilang kawalan jentera KTM-nya.

Pasukan Petronas Sprinta Racing juga turut mempamerkan aksi yang memberangsangkan di sepanjang perlumbaan ini, di mana Ayumu Sasaki telah mendahului perlumbaan buat beberapa pusingan. Setelah menghadapi satu pertarungan yang jerih, panjang dan menakjubkan, Sasaki menamatkan perlumbaan di P10, manakala Adam Norrodin pula memperolehi kutipan mata yang besar setelah melintasi garisan penamat di P7.

Dengan berbakikan hanya dua pusingan perlumbaan, persaingan bagi merebut takhta kejohanan Moto3 2018 kini semakin sengit dengan sekadar 17 mata yang membezakan antara Jorge Martin, Marco Bezzecchi, dan Fabio di Giannantonio. Teruskan bersama kami di MotoMalaya di mana kami akan bersiap sedia bagi pusingan yang berikutnya di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu akan datang untuk “Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix”.

Sumber imej: MotoGP

Dani Pedrosa Sah Jadi Penunggang Uji Bagi Pasukan Red Bull KTM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.