Team Suzuki Ecstar telah melancarkan jentera Suzuki GSX-RR 2019 bagi MotoGP musim 2019. Para penunggangnya adalah veteran pasukan Suzuki selama tiga tahun, Alex Rins dan penunggang rookie, Joan Mir. Motosikal GSX-RR 2019 telah dipertingkatkan dalam beberapa buah bahagian utama tanpa menjadkannya sebuah jentera serba baharu.
Category: motogp
Kami telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera KTM RC16 yang akan dikemudi oleh Hafizh Syahrin untuk MotoGP musim 2019. Sebahagian besar motosikal tersebut terselindung di sebalik panel badan yang tertutup kemas. Namun begitu, ada beberapa perincian yang telah berjaya mencuri perhatian kami.
Hafizh Syahrin bersama KTM telah bersedia untuk menyahut cabaran MotoGP 2019. Dengan sesi ‘winter test’ yang akan bermula tidak lama lagi, ia merupakan satu langkah bersejarah bukan sahaja untuk pelumba MotoGP pertama dari Malaysia malah untuk KTM juga di dalam musim ketiga mereka berlumba di kelas tertinggi.
Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team telah dilancarkan hari ini. Ianya merupakan pasukan MotoGP pertama dari Malaysia dan juga bagi rantau Asia Tenggara. Penunggang pasukan ini terdiri daripada Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo. PETRONAS akan menampilkan sebuah pasukan dalam kejohanan Moto3, Moto2, dan MotoGP bagi musim 2019. Pasukan MotoGP berkenaan akan dikenali secara rasminya dengan…
Dorna akan membersarakan nombor 69 dari perlumbaan Grand Prix sebagai penghormatan buat mendiang Nicky Hayden. Ia akan berkuatkuasa bermula dari pusingan MotGP Amerika Syarikat di Austin, Texas. Hayden meninggal dunia pada tahun 2017 setelah dilanggar sebuah kereta sewaktu menunggang basikal di Itali.
Repsol Honda teah memperkenalkan jentera bagi kempen MotoGP 2019. Ianya adalah ulang tahun ke-25 kerjasama antara Repsol dan Honda. Beberapa buah ‘pengubahsuaian’ dapat dilihat pada jentera Jorge Lorenzo, kemasan grafik pada jentera 2019 kekal sama.
Jorge Lorenzo telah mengalami kecederaan retak tulang pergelangan tangannya (skafoid). Kejadian itu berlaku ketika Lorenzo sedang menjalani latihan di atas litar tanah merah. Dia perlu menjalani pembedahan, namun, tulang skafoid selalunya sembuh dengan cepat.
Pasukan pengilang Ducati Team telah melancarkan jentera perlumbaan Ducati Desmosedici GP19. Penunggang pasukan pengilang, Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci bersama dengan penunggang pasukan Pramac, Jack Miller, akan mengemudi jentera GP19 ini dalam kejohanan MotoGP musim 2019. Ia kini didatangkan dengan kemasan grafik berwarna merah sepenuhnya.
Shark Helmets akan menjadi penaja utama bagi Grand Prix Perancis untuk 3 tahun bermula tahun 2019. Pengeluar itu berasal dari Perancis, jadi GP Perancis ini adalah perlumbaan halaman mereka. GP Perancis 2019 akan diadakan di Litar Le Mans dari 17 hingga 19 Mei.